Renungan Lu Tingxiao berubah dingin. "Tak perlu tergesa-gesa."
Lu Jingli menggosok dagunya. "Betul juga. Lagipun, dia ada kita sebagai sandaran dia. Jadi, dia boleh buat banyak lagi kekecohan. Barulah benda ini akan jadi lebih seronok!"
"Sediakan satu kontrak perjanjian untuk Ning Xi," Jawab Lu Tingxiao.
Kelihatan cahaya terpancar dari mata Lu Jingli. "Kontrak perjanjian? Abang, kamu mahu buat persediaan untuk tarik kakak ipar masuk ke Hiburan Keagungan Dunia ke?"
"Sediakan satu salinan profil semua pengurus yang ada di Hiburan Keagungan Dunia untuk saya." Kenyataan ini secara tidak langsung menjawab soalan Lu Jingli.
"Saya faham, saya faham! Kamu sendiri nak tolong Xiao Xi Xi pilih seorang pengurus, kan? Aduhai, kalaulah kamu layan saya satu per seribu macam kamu layan Xiao Xi Xi, saya akan rasa sangat puas hati!" Rungut Lu Jingli.
Lu Tingxiao menjeling adiknya dan tiba-tiba menghulurkan tangannya.