App herunterladen
78.53% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 699: Kematian Fan Qi (2)

Kapitel 699: Kematian Fan Qi (2)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Ah Jing melutut dengan gelisah di hadapan Jun Wu Xie. Dia berusaha untuk mengatakan sesuatu sambil membuat isyarat dengan kedua-dua tangannya. Suaranya kedengaran semakin terdesak. Ah Jing cuba mengatakan sesuatu tetapi setelah lidahnya dipotong, dia tidak mampu lagi bercakap dan hanya dapat menghasilkan bunyi yang tidak jelas.

"Ah! Ah! Ah!" Ah Jing menunjuk ke arah luar pintu dan berulang-kali menyembah sujud di atas lantai. Kedengaran bunyi kepalanya memukul lantai, berkali-kali sehinggakan kulit di dahinya luka. Darah mengalir dari luka tersebut, tetapi Ah Jing tidak berhenti dan terus melakukannya dengan menggunakan sisa-sisa tenaga yang ada pada dirinya.

"Kamu tak gila," kata Jun Wu Xie sambil memandang Ah Jing dengan tenang.

Ah Jing mengangkat kepalanya. Darah mengalir sehingga ke hidungnya. Wajahnya berseri-seri kegembiraan dan dia mengangguk dengan bersungguh-sungguh.

"Kamu ada sesuatu nak beritahu saya?" Jun Wu Xie terus bertanya.

Ah Jing mengangguk sekali lagi.

"Bangun." Jun Wu Xie duduk lalu mengeluarkan berus dan kertas lalu meletakkannya di atas meja.

"Kalau kamu tak boleh cakap, tulis."

Ah Jing tidak berdiri tapi melutut di tepi meja. Dia memegang berus di tangannya dan terus menulis baris demi baris ayat. Kertas itu dipenuhi tulisan yang ditulis rapat-rapat. Tangan yang memegang berus itu sedang menggigil sedikit, entah disebabkan kegelisahan atau ada sebab lain.

Dalam masa yang singkat, Ah Jing sudah menulis sebanyak tiga muka surat dan meletakkan semuanya di hadapan Jun Wu Xie. Dia kemudiannya kembali menyembah sujud dan memukul kepalanya ke lantai, merayu-rayu seolah-olah Jun Wu Xie adalah satu-satunya harapannya.

Jun Wu Xie mengangkat kepingan kertas itu dan mula membacanya. Sekali pandang sahaja cukup untuk membuatkan dia sedikit terbeliak.

Sebab mengapa Ah Jing menerima nasib sebegitu bukannya kerana Gu Ying berasa bosan lalu menyeksanya. Sebabnya ialah… Ah Jing mengetahui suatu rahsia.

Rahsia di sebalik kematian Fan Qi!

Pada hari kejadian, selain Fan Qi dan Fan Jing, ada seorang lagi yang berada di pejabat Fan Qi. Orang itu ialah Ah Jing!

Sejak Ah Jing dihalau keluar dari hutan buluh itu, dia berasa tidak bersemangat dan serba tak kena. Dia mahu membuatkan Jun Xie keluar dari hutan buluh itu untuk melindungi Fan Zhuo. Ah Jing juga menjadikan Jun Xie sebagai musuh. Keadaan ini berlanjutan sehinggalah hari di mana Gu Li Sheng mengumpulkan semua orang dan mendedahkan identiti sebenar Jun Xie. Segala khabar angin yang merosakkan dan mencemarkan namanya terhapus sepenuhnya. Jun Wu Xie juga bebas daripada segala tuduhan yang dibuat ke atasnya. Ah Jing turut berada di situ dan sebaik mendengar segala yang dikatakan, hatinya dipenuhi rasa bersalah. Dia juga amat membenci dirinya.

Sudah banyak kali dia mahu berlari ke hutan buluh kecil itu untuk meminta maaf daripada Jun Xie. Namun dia merasakan dia tidak layak pun berbuat begitu.

Jun Xie bukanlah orang yang keji seperti dalam khabar angin itu. Dia tidak pernah membuat sebarang perbuatan terkutuk yang dinyatakan. Jun Xie benar-benar berusaha untuk memulihkan keadaan Fan Zhuo. Tapi kini Ah Jing sedar yang dia telah terpengaruh dengan khabar angin jahat itu dan percaya bulat-bulat pada semuanya. Ini menyebabkan dia telah tersalah tuduh seorang pemuda yang sebenarnya baik.

Perasaan malu dan benci pada diri sendiri ini telah menyeksa Ah Jing tanpa henti. Dia mahu menebus kesalahannya tetapi merasakan dia tidak layak dimaafkan. Dia juga tidak sanggup untuk berhadapan dengan Jun Xie lagi.

Perasaan bersalah ini telah menghantuinya dan semakin lama telah menjadi semakin besar. Pemikirannya disedari oleh Fan Qi. Dia sering menganggap Ah Jing sebagai budak yang jujur dan boleh diharap. Walaupun Ah Jing telah melakukan kesilapan, hatinya tidak menyimpan niat jahat. Melihatkan Ah Jing begitu sedih dan tidak bersemangat, Fan Qi berniat mahu membantunya menyelesaikan hal ini.

Kebetulan pula ketika itu Jun Xie dan Fan Zhuo tidak berada di Akademi Zephyr. Jadi Fan Qi menyuruh Ah Jing bersembunyi di pejabatnya dan memanggil Fan Jin untuk datang ke situ. Fan Qi mahu mendengar pendapat anaknya tentang hal ini selain mahu melihat sama ada Ah Jing boleh menyampaikan permohonan maaf dan perasaan kesalnya kepada Jun Wu Xie.

Namun…

Pada jari itu, Ah Jing bersembunyi dalam ruang rahsia di dalam pejabat. Dia mengintai melalui satu lubang kecil untuk melihat segala yang berlaku di dalam pejabat tersebut.


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C699
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen