App herunterladen
76.29% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 679: Melarikan Diri dari Cenuram Penghujung Syurga (4)

Kapitel 679: Melarikan Diri dari Cenuram Penghujung Syurga (4)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

"Kamu semua patut lihat benda tu," kata Jun Wu Xie sambil menuding pada dinding di belakangnya.

Qiao Chu dan yang lain terus berpaling tapi pada mulanya mereka tidak perasan apa-apa yang luar biasa. Namun Rong Ruo cepat-cepat menyedari yang bongkah batu pada dinding itu dipenuhi goresan tulisan yang kecil.

"Saya boleh lihat ada perkataan pada batu tu." Rong Ruo memberitahu rakan-rakannya yang lain.

Semua orang menuju ke dinding itu untuk melihat bongkah batu tersebut. Sebaik mereka habis membaca semuanya, mereka mengeluh panjang.

"Saya tak sangka Dua Belas Istana akan menggunakan kaedah peningkatan kuasa rohani secara paksa untuk mengumpan orang lain bekerja untuk mereka. Kasihan juga lelaki tu. Berdasarkan penulisan yang ditinggalkannya ini, pasti dia memiliki kedudukan yang tinggi di Alam Bawahan. Dia membazirkan segala-galanya akibat ketamakannya." Rong Ruo mengeluh perlahan. Dia berasa sedih mengenangkan nasib pemilik rumah batu ini.

[Sememangnya tidak mudah untuk berbaik-baik dengan Dua Belas Istana itu]

Menerima pertolongan mereka serta terhutang budi dengan mereka itu sama sahaja seperti menempah maut. Kalau lelaki itu tidak mati di sini sekali pun dan akhirnya menemui makam Maharaja Kegelapan, dia masih akan dibunuh sama seperti ibu bapa mereka. Dihukum mati oleh Dua Belas Istana.

"Jun Xie, apa kena-mengena semua ni dengan keadaan kamu dapat mencapai roh ungu?" tanya Qiao Chu sambil menggaru-garu kepalanya. Bukankah tadi mereka tanya pada Jun Wu Xie bagaimana dia dapat mempelajari kaedah meningkatkan kuasa rohaninya secara sementara?

Jun Wu Xie berjalan menuju dinding itu dan menunjuk pada sebaris ayat di sudut bawah.

Semua orang memandang tempat yang Jun Wu Xie tunjukkan. Mereka membaca ayat itu sekali lagi. Kemudian semua orang menjadi kaku.

[Roh ungu hanyalah hasil pembakaran kuasa rohani seseorang.]

Ayat pendek itu kelihatan biasa sahaja dan langsung tidak menonjol. Mereka tidak begitu memberi perhatian pada ayat tersebut ketika membaca goresan di batu itu tadi. Maksud di sebalik ayat itu juga tidak terlintas di minda mereka. Tetapi selepas Jun Wu Xie menunjukkan ayat tersebut, satu idea yang tak masuk akal muncul di fikiran mereka!

"Jangan cakap yang kamu dapat memahami dan mempelajari cara meningkatkan kuasa rohani kamu hanya dengan satu ayat pendek itu…" Mata Qiao Chu terbeliak. Wajahnya kelihatan terkejut dan tidak percaya.

Ayat itu memang benar tetapi maksudnya terlalu kabur. Mereka sendiri pun tidak akan mampu memahami konsep di sebalik teknik peningkatan sementara kuasa rohani hanya berdasarkan ayat tersebut. Malah mereka langsung tidak mengaitkan kedua-dua perkara ini!

Jun Wu Xie mengangguk dan kedengaran bunyi nafas tersentak di seluruh rumah batu itu.

Semua orang merenung Jun Wu Xie. Wajah mereka kelihatan terkejut seolah-olah sedang memandang satu raksasa yang menggerunkan.

"Ketika saya berusaha mempertingkatkan Teknik Pemulihan Roh sebelum ini, saya ada lakukan sedikit kajian tentang pengubahan kuasa rohani. Walaupun saya tak begitu faham semuanya, saya tetap berjaya menguasai asasnya. Jadi sepanjang beberapa hari ini saya memikirkan apa yang dimaksudkan dengan membakar habis kuasa rohani dan bagaimana untuk menukarkan kuasa yang sudah dibakar itu menjadi roh ungu tahap tinggi," kata Jun Wu Xie tanpa sebarang perasaan. Sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah sekali pun meninggalkan rumah batu tersebut.

Selain merawat Tuan Embek Embek dan dirinya sendiri pada setiap hari, dia juga berusaha tanpa henti untuk membakar habis kuasa rohaninya.

Baru hari ini dia akhirnya berjaya. Setelah meningkatkan kuasa rohaninya untuk mencapai roh tahap ungu, dia dapat merasakan kelainannya. Sukar untuk dia menggambarkan perasaan dapat berdiri di kemuncak kuasa rohani di mana pancainderanya dipertingkatkan. Dia tidak mampu menerangkan perasaan ini dengan kata-kata.

Sebab itulah dia berjaya mengesan kehadiran orang yang menghampiri rumah batu tersebut. Dia membuka pintu untuk meninjau ke luar lalu terpandang Qiao Chu dan rakan-rakannya yang lain.

Suara Jun Wu Xie amat tenang dan tidak tergesa-gesa. Walaupun suaranya yang lembut itu ibarat tasik yang aman, di telinga pendengarnya, suara tersebut ibarat ribut taufan yang mengakibatkan minda mereka bergelora!

Hanya dengan satu ayat yang samar-samar serta kurang jelas itu sahaja dia dapat memahami dan menguasai fenomena paling kritikal dan mengagumkan di Alam Pertengahan?

Memang sukar dipercayai!

Semua orang tahu Jun Wu Xie memang bijak tapi mereka tak sangka kepintarannya boleh mencapai tahap yang amat mengagumkan.


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C679
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen