App herunterladen
39.32% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 350: Akademi Phoenix (3)

Kapitel 350: Akademi Phoenix (3)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Xie berjalan menuju Qiao Chu dan berdiri di tepi katilnya. Tanpa berkata apa-apa, dia mengangkat selimut yang menutupi badan Qiao Chu.

Qiao Chu yang sedang terbaring menjadi terkejut.

Di bawah selimut itu terdapat banyak kain pembalut luka yang berlumuran darah serta berbotol-botol ubat. Jelas sekali semuanya disembunyikan di bawah selimut itu secara tergesa-gesa.

Mata Jun Wu Xie menjadi semakin dingin melihatkan keadaan ini.

Qiao Chu menelan air liurnya dengan kuat dan menarik selimut itu untuk menutup sepenuhnya bukti-bukti yang ada.

"Dah berhari-hari benda-benda ni ada di sini dan saya terlalu malas nak buang... Haha….. Ha….." Qiao Chu ketawa malu.

Jun Wu Xie menarik jubah Qiao Chu dan membukanya lebih luas. Di bawah jubah itu, kain pembalut luka yang berlumuran darah meliputi hampir keseluruhan tubuhnya. Darah masih meresap keluar melalui pembalut luka tersebut. Apa yang dilihatnya ini membuatkan mata Jun Wu Xie berasa perit.

Qiao Chu terperanjat, tetapi dia tahu sudah terlalu lewat untuk menyembunyikan kecederaannya. Dia tidak bergerak sewaktu terlihat wajah Jun Wu Xie yang pucat.

"Ini….. akan sembuh…..dengan cepat."

Jun Wu Xie tidak mempedulikannya dan mendongakkan kepalanya dengan tegas. Dia berpusing menghadap Hua Yao yang hanya mengeluh panjang dengan tidak berdaya sebelum akur dan membuka bajunya. Dia menunjukkan Jun Wu Xie badannya yang penuh balutan luka.

Dia sudah pun memberitahu mereka semua sebelum ini. Jun Xie pasti akan dapat tahu juga.

"Gunting." Jun Wu Xie meminta dengan suara yang dingin.

Qiao Chu tidak ada pilihan selain mencari-cari di sebalik timbunan sampah-sampah di katilnya. Dia menemui sebilah gunting dan menyerahkannya dengan berat hati.

Jun Wu Xie memegang gunting itu dan dengan mahirnya menggunting balutan luka berkenaan. Luka-luka di badan Qiao Chu mula terdedah.

Mata Jun Wu Xie mengecil.

"Saya….tak apa-apa…." Qiao Chu cepat-cepat berkata setelah melihat renungan tajam Jun Xie. Dia cuba kelihatan bersahaja.

"Kulit saya ni tebal. Luka macam ni pun tak ada kesan sangat."

Wajah Qiao Chu yang tampan dan nakal masih lebam dan ada darah beku di sebahagian mukanya. Luka-luka yang terdedah di seluruh badannya itu kelihatan mengerikan.

Bilik itu menjadi senyap sunyi. Luka-luka dan kecederaan Qiao Chu lebih teruk daripada yang dia katakan.

Rong Ruo serta Fei Yan berdiri di satu sudut dan berasa tidak berdaya. Sewaktu Hua Yao dan Qiao Chu pulang tempoh hari, kecederaan mereka tidak kurang teruknya berbanding kecederaan Jun Wu Xie. Bezanya cuma kecederaan Jun Wu Xie itu lebih terkesan pada rohnya, jadi rawatannya lebih rumit. Sewaktu tiba di akademi, kedua-dua pemuda itu hanya sempat mengatakan sesuatu sebelum terus pengsan.

Kata mereka...

Selamatkan Jun Xie.

Fei Yan dan Rong Ruo tak tahu siapakah Jun Xie, tetapi semuanya menjadi jelas apabila didapati dua orang pemuda yang pengsan itu masih memegang Jun Wu Xie dengan erat.

Mereka tidak menyangka perjalanan ke kawasan Kumpulan Qing Yun akan menyebabkan Hua Yao serta Qiao Chu kembali dengan kecederaan yang serius.

Jun Wu Xie tidak banyak bercakap tetapi terus mengeluarkan ubat-ubatan yang ada padanya. Dia memaksa Qiao Chu membuka mulut dan mula menuangkan ubat.

Qiao Chu tercekik kerana terkejut dan baru sahaja mahu membantah apabila dia terlihat riak wajah Jun Wu Xie yang kelihatan dingin. Dia terus menelan semula kata-kata yang hampir diluahkannya dan hanya duduk diam, simpati dengan nasib dirinya.

Selepas Qiao Chu menelan ubat, Jun Wu Xie mula merawat luka-lukanya.

Pada mulanya, Fei Yan dan Rong Ruo hanya memandang dalam diam dari sisi. Apabila mereka melihat keadaan Qiao Chu bertambah baik setelah dirawat oleh Jun Wu Xie, mereka tergamam kerana kagum.

"Ini…..agak….." Mata Fei Yan terkelip-kelip beberapa kali, bersinar-sinar dengan perasaan kagum terhadap Jun Wu Xie.

Rawatannya membuatkan usaha keras Tuan Guru mereka selama berhari-hari itu kelihatan kecil sahaja!

Rong Ruo mengangguk setuju. Kemahiran luar biasa Jun Wu Xie dalam bidang perubatan benar-benar membuka mata mereka dan memberikan sudut pandangan baru.

Selepas merawat luka Qiao Chu, Jun Wu Xie membalutnya kembali. Kemudian dengan pantas dia berpusing untuk menuju katil Hua Yao di sudut bertentangan bilik itu.

Hua Yao memandang botol ubat di tangan Jun Wu Xie dan cepat-cepat berkata, "Saya boleh buat sendiri."


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C350
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen