App herunterladen
27.19% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 242: Pemulihan (1)

Kapitel 242: Pemulihan (1)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Binatang hitam itu membawa Mo Qian Yuan di atas belakangnya, lalu mengekori Jun Wu Xie menuju bilik lelaki itu di dalam Istana Diraja. Para pengawal dan pelayan istana nampak kehadiran Jun Wu Xie dan semuanya berundur bagi memberikan laluan kepadanya. Mereka meninjau-ninjau, memerhatikan dengan senyap selepas kumpulan yang pelik itu melepasi mereka dan masuk ke dalam bilik Maharaja.

Kecederaan Mo Qian Yuan amat parah. Bukan hanya racun di dalam badannya sahaja yang mengancam nyawanya, tetapi juga pelbagai luka-luka yang kecil dan besar pada badannya. Keadaan ini sukar dirawat, walaupun dengan kemahiran perubatan Jun Wu Xie yang hebat.

Jun Wu Xie menyuruh Teratai Mabuk meletakkan Mo Qian Yuan ke atas katil dan cepat-cepat mengeluarkan beberapa botol eliksir dan ubat-ubatan. Kemudian dia dengan pantas dan mahir, menggunakan jarum-jarum peraknya pada pelbagai titik akupuntur penting Mo Qian Yuan.

Darah yang berwarna merah pekat dan hampir kehitaman, mengalir keluar dari badan Mo Qian Yuan, menitis dari jarum-jarum perak itu. Tanpa teragak-agak, Jun Wu Xie memberikan tiga biji eliksir ke dalam mulut Mo Qian Yuan dan membantu dia menelannya sebelum mula merawat segala kecederaan luaran.

Jun Wu Yao berdiri sambil tersenyum dan berpeluk tubuh. Dia memerhatikan pergerakan tangan dan pemikiran Jun Wu Xie yang pantas dalam usaha bersungguh-sungguh gadis itu untuk menyelamatkan satu nyawa.

"Meow."

[Cik, Maharaja dungu ini cedera parah.]

Binatang hitam yang membawa Mo Qian Yuan ke dalam bilik itu, menjilat-jilat kaki depannya. Binatang ini merasakan nafas Mo Qian Yuan sudah tersekat-sekat dan lemah. Lelaki itu nampaknya akan mati tak lama lagi.

Tulang-tulang Mo Qian Yuan banyak yang patah dan arteri serta urat darahnya telah disekat. Kebanyakan organ dalamannya hampir gagal berfungsi dan luka-lukanya yang tidak dirawat sudah mula bernanah. Semua ini menyebabkan dia demam panas. Tambahan pula, racun yang membawa maut itu sedang menyerang Mo Qian Yuan dari dalam. Jika tidak dirawat dengan segera, dia tidak akan dapat bertahan lebih lama lagi.

"Meowww?"

[Cik masih mahu selamatkan dia? Walaupun dengan kemahiran Cik, ini akan memerlukan usaha yang banyak. Apa kata kita cari Maharaja baru saja untuk naik takhta?]

Wajah Jun Wu Xie berkerut dan dia tidak mempedulikan bebelan binatang hitam itu.

Namun kata-kata binatang hitam itu telah membuatkan mata Jun Wu Xie menjadi lebih dingin.

Kalau tak kerana Kumpulan Qing Yun menggunakan cara yang kejam dan ganas, Jun Wu Xie tak akan mengalami kesukaran seperti ini.

Mantan Maharaja telah menindas dan membuat rancangan jahat ke atas Mo Qian Yuan sejak anakandanya itu masih kecil lagi. Mo Qian Yuan juga telah diberikan Nektar Jed yang dicampur dengan bunga gandum malam untuk jangka masa yang panjang, sehingga membuatkan badannya menjadi sangat lemah. Kalau tak kerana Jun Wu Xie sebelum ini bermurah hati memberikan Mo Qian Yuan pelbagai eliksir tahap dewa dan memberinya makan biji benih Teratai Salji, Mo Qian Yuan tidak akan mampu bertahan sebelum Jun Wu Xie dapat sampai kepadanya. Walau bagaimanapun, jika orang yang sihat juga diseksa menggunakan cara yang sama, orang itu juga akan berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan seperti ini.

"Nampaknya lelaki ini menarik bala bencana." Teratai Mabuk bersandar di katil dan memandang Mo Qian Yuan, memikirkan betapa sedihnya hidup lelaki ini. Orang yang ganas seperti Teratai Mabuk sekalipun turut berasa sedikit kasihan terhadap Mo Qian Yuan.

Ayahanda Mo Qian Yuan sendiri telah membunuh bondanya dan menghapuskan seluruh keluarga sebelah bondanya. Kemudian ayahandanya yang tak guna itu telah berkomplot dengan Mo Xuan Fei untuk meracun Mo Qian Yuan. Dia mengalami banyak kesusahan sebelum bernasib baik kerana bertemu Jun Wu Xie. Nasib malangnya baru sahaja mula berubah dan dia dapat menaiki takhta, Kumpulan Qing Yun yang berbahaya itu pula muncul. Mungkinkah ada sumpahan ke atas Mo Qian Yuan?

"Diamlah." tegur Jun Wu Xie. Kecederaan Mo Qian Yuan sangat parah dan dia sudah tidak menang tangan. Dia tak perlukan bebelan yang bingit daripada si bunga dan si binatang ini.

Kalau masa mengizinkan, dia sudah pasti mencucuk jarum ke titik akupuntur mereka dan membuatkan mereka menjadi bisu.

Binatang hitam itu dan Teratai Mabuk terus diam dan memerhatikan Jun Wu Xie bekerja. Nampaknya dia bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan Mo Qian Yuan.

Jun Wu Xie tidak berhenti-henti merawat Mo Qian Yuan, seolah-olah mendapat kekuatan dewa-dewa. Tangannya bergerak dengan penuh pantas dan mahir. Jarum peraknya menari-nari di udara.

Pertama sekali, keluarkan racun daripada dalam badannya, dan gunakan eliksir penambah darah untuk merawat kehilangan darah. Berikan air suam untuk menghidratkan badan dan menstabilkan keadaannya. Selepas itu, rawat urat darah, arteri dan tulang-tulang yang patah. Biarkan dulu luka-luka lain, jadikan itu tugas terakhir...

Dalam masa beberapa saat, seluruh proses dan prosedur rawatan muncul di dalam mindanya...


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C242
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen