App herunterladen
16.74% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 149: Racun (4)

Kapitel 149: Racun (4)

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Askar itu terus melangkah menuju meja itu. Setelah mendapat arahan dari Jun Wu Xie, dia menggulung lengan bajunya dan menunjukkan lengannya yang sasa.

Jun Wu Xie siap memeriksa seketika kemudian, dan askar seterusnya melangkah ke depan.

Diagnosis untuk sepuluh orang askar Tentera Rui Lin itu selesai dalam masa yang singkat dan ekspresi yang dingin muncul pada wajah Jun Wu Xie.

"Long Qi, bawa Pak Cik Fu ke mari. Kamu semua tunggu di dispensari." Jun Wu Xie memberikan arahan sambil dia berdiri.

"Macam mana?" Ekspresi wajah Jun Wu Xie membuatkan Mo Qian Yuan berasa tidak senang hati.

Jun Wu Xie menjawab, "Mudah sahaja. Tak bolehkah mereka fikirkan cara lain selain letupan badan?" Suaranya masih lagi dingin.

Mo Qian Yuan semakin bingung. Letupan yang menggemparkan seluruh Bandar Diraja hari ini cuma perkara yang mudah sahaja? Apa yang sedang berlaku?

Seketika kemudian, Pak Cik Fu tiba. "Apa arahan Cik Muda?"

"Gunakan nama Datuk untuk mengarahkan semua kedai herba dan dewan perubatan menghantar stok herba yang mereka ada, termasuk stok dari gudang mereka, ke Istana Lin. Segera." Nada suara Jun Wu Xie menyatakan dia tidak akan berunding mengenai perkara ini. Pak Cik Fu terkejut mendengar permintaan itu tetapi diam sahaja dan terus melaksanakan arahan yang diterima.

Mo Qian Yuan dan Long Qi yang sedang mendengar di sisinya, semakin bingung dengan arahan Jun Wu Xie, tetapi mereka sedar betapa seriusnya situasi ini.

"Wu Xie, apa yang sebenarnya sedang berlaku? Kenapa kamu perlukan begitu banyak herba?" Mo Qian Yuan terpaksa bertanya.

Jun Wu Xie memandang kedua-dua orang lelaki itu dan berkata, "Ada orang mahu menghapuskan seluruh Bandar Diraja."

"APA?" Mo Qian Yuan menjadi pucat!

"Letupan-letupan itu bukannya tidak disengajakan. Ada orang sengaja merancangnya. Kejadian ini hampir sama seperti yang berlaku ke atas Lin Yue Yang, tetapi ada beberapa perbezaan. Dalam kes Lin Yue Yang, selepas dia meletup, dalam masa yang singkat sahaja racun itu akan membuatkan orang di sekelilingnya lumpuh seketika. Apa yang kamu lihat hari ini tidak semudah itu. Satu racun yang kuat berada dalam badan mereka dan apabila mereka meletup, racun ini tersebar ke udara. Orang yang terhidunya turut diracun dan dalam masa beberapa hari, orang ini akan turut meletup dan mati." Wajah Jun Wu Xie tidak menunjukkan sebarang perasaan. Berita menggerunkan yang diberitahunya ini menjadi lebih menakutkan akibat nada suaranya yang dingin dan tenang.

Mendengarkan berita itu, bukan sahaja Mo Qian Yuan, malah Long Qi juga turut menjadi pucat.

Askar-askar Tentera Rui Lin antara yang pertama sampai ke lokasi letupan itu. Kalau racun itu disebarkan melalui udara, ini bermaksud semua askar Tentera Rui Lin yang digerakkan hari ini sudah diracun!

"Siapa yang begini kejam? Adakah mereka mahu membunuh beratus ribu orang tidak berdosa yang tinggal di dalam Bandar Diraja?" Wajah Mo Qian Yuan pucat lesi. Menurut Jun Wu Xie, racun itu tidak ada warna dan bau, dan boleh disebarkan dengan mudah. Sebaik diracun, orang itu akan menjadi pembawa. Ada lima puluh letupan hari ini. Jika dibiarkan, letupan yang akan berlaku dalam masa beberapa hari lagi akan berjumlah sekurang-kurangnya puluhan ribu!

Berpuluh ribu orang meletup pada hari yang sama. Melakukan cara begini untuk membunuh….terlalu menggerunkan untuk difikirkan.

Jun Wu Xie menundukkan matanya untuk berfikir. Matanya yang dingin merenung kolam teratai.

"Bukan rakyat yang menjadi sasaran mereka, tetapi Tentera Rui Lin. Anjing yang sudah tersepit dan tidak ada jalan keluar akan bertindak balas dengan ganas. Sukar untuk menggunakan cara ini ke atas Tentera Rui Lin secara langsung. Namun jika mereka melibatkan seluruh Bandar Diraja, Tentera Rui Lin tidak mungkin terlepas."

Boleh tahan juga cara yang digunakan ini. Sayang sekali, lawan mereka ialah dia!


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C149
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen