Sebenarnya, ada yang tak kena dengan ungkapan 'awak terlupa minum susu ke'. Tidak kira sama ada sotong, obor-obor, atau siren berdarah kacukan itu, tiada seekor pun yang minum susu ketika masih kecil.
Oleh itu, cara yang lebih adalah dengan bertanya kepada tiga raksasa laut itu jika sudah cukup minum air laut sebelum datang ke sini dan menyerang Shuhang.
Namun, ia agak menyedihkan jika seseorang berfikir mengenainya.
❄️❄️❄️
Selepas Senior Putih tiba di koordinat kereta yang panjangnya sepuluh meter itu, dia melihat Song Shuhang sedang berpeluk tubuh manakala tiga raksasa laut itu besrungguh-sungguh menyerangnya.
Putih Yang Mulia dan Kakak Senior Ye Si terapung di udara dan bertanya dengan perasaan ingin tahu, "Eh? Shuhang, awak main permainan apa?"
"Eh, Senior Putih, awak dah balik. Enam Belas berjaya mengatasi tribulasinya?" Tanya Song Shuhang.