Dalam kapal perang itu, raja syaitan yang terkuat melihat raja syaitan Suku Helang Syaitan yang menunjukkan dia tidak lagi mencintai kehidupannya. Wajahnya yang bengis itu bergetar sedikit.
"Pernah tak saya mengingatkan kamu semua, kamu tidak sepatutnya mencari masalah dengan Lembah Pelahap? Kenapa kamu tidak dengar?"
Kata raja syaitan terkuat dengan dingin, suaranya seakan menekan sehingga menyebabkan pakar-pakar raja syaitan menggigil sedikit.
Mereka benar-benar salah. Sebelum ini, raja syaitan terkuat pernah beritahu mereka. Namun, mereka tidak mendengar nasihatnya lalu bertindak dengan sendiri. Kini, mereka mengalami kekalahan besar.
Raja syaitan Mata Syaitan dipukul sehingga meletup dan hanya tinggal hanya satu biji matanya sahaja. Raja syaitan Suku Katak Syaitan dibunuh untuk dijadikan bahan masakan...
Raja-raja syaitan Penjara Kebinasaan tidak pernah mengalami kekecewaan sedemikian, jadi dalam seketika, mereka mendiamkan diri.