"Mari teruskan dengan Cabaran Cef."
Yan Yu begitu terkejut dan hatinya berdebar apabila merasakan tangan Bu Fang pada bahunya. Dia tergamam disebabkan lelaki melankolik itu hingga tubuhnya menggigil apabila terfikirkan tumbukan yang mendarat pada badannya.
Sebagai cef nombor satu di Batu Bersurat Pelahap, dia berasa begitu malu apabila dikalahkan sebegitu. Dia menggeletar apabila teringatkan perlawanan itu.
Yan Yu menghela nafas lega apabila dia memusingkan badan dan terlihat wajah bersahaja Bu Fang. Kemudian, Yan Yu merasakan sikap menyendiri Bu Fang lebih menarik berbanding lelaki melankolik itu. Dia memandang sekilas ke arah Raja Alam Kubur yang berulang kali memasukkan dan mengeluarkan Jejari Pedas dari mulutnya. Melihat sikapnya yang kasar dan kurang sopan itu, Yan Yu hanya berasa kebencian terhadap Raja Alam Kubur.