Krak!
Bunyi retak bergema di dalam lombong kristal yang luas itu apabila retakan pada permukaan sumber kristal itu semakin melebar. Bunyi retak yang kuat itu disertai dengan bunyi keleting apabila serpihan-serpihan kristal jatuh ke tanah.
Oleh sebab gua itu sangat sunyi-sepi, semua orang boleh mendengar permukaan sumber kristal itu meretak.
Bu Fang duduk tegak di atas Kuali Buruj Kura-kura Hitam itu sambil memakan sekeping lagi Penkek Tiram yang panas dan aromatik. Dia juga sedang menumpukan perhatiannya kepada sumber kristal yang memancarkan cahaya keemasan itu.
Dia melihatnya dengan agak lama sehingga dia ternampak tapak kaki anjing yang comel dihulur keluar daripada sumber kristal itu.
Tapak kaki anjing?
Mengapa ada tapak kaki anjing di dalam sumber kristal itu?
Bu Fang tergamam dan dia tidak boleh berfikir seketika. Bukankah sistem memberitahunya sumber kristal itu mempunyai bahan masakan?