Tangan Bu Fang kuat dan kukuh. Dia memegang kolar budak itu dan mengangkatnya. Wajah budak itu menjadi merah kerana tercekik.
"Senior, hanya dengan sekali pandang, saya sudah tahu yang kamu ini bukan manusia. Boneka ini boleh makan kristal? Hebat betul! Apa kata Senior jual kepada saya dengan harga 50 kristal? Itu bersamaan dengan sepuluh tahun duit simpanan saya. Dengan boneka ni, saya boleh kenakan Sha Sha untuk buat dia gelak!" Sambil diangkat Bu Fang, Xiao Yu terus tersengih dan menyatakan niatnya yang nakal itu sambil menggumam tanpa henti.
"Sha Sha tu siapa?" Bu Fang bertanya.
"Anak perempuan Datuk Bandar Selatan… Dia sangat cantik! Kami berdua ni buah hati masing-masing sejak kecil, saya..."