App herunterladen
13.4% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 128: Serangan Hendap Terancang

Kapitel 128: Serangan Hendap Terancang

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Lian Fu membuka titah-diraja dan terbatuk sedikit. Bunyi batuk itu bergema di dalam Dewan Utama dan menyebabkan para hadirin rasa tidak senang apabila mereka melihatnya. Ekspresi di setiap muka mereka berbeza-beza.

Raut wajah Putera Mahkota itu penuh dengan keyakinan dan matanya bersinar dengan terang sekali. Kelihatan seolah-olah kemenangan sudah berada dalam genggamannya. Wajah Raja Yu pula penuh dengan sikap acuh tak acuh, seolah-olah dia tidak peduli dengan titah-diraja itu, manakala Ji Chengxue menundukkan kepalanya sambil bermain dengan jari-jemarinya.

Zhao Musheng sedang berdiri sambil mengecilkan matanya dan tubuhnya berayun-ayun sedikit. Tok Ouyang mencebikkan bibirnya dan merenung ke arah Lian Fu...

Di dalam mahkamah diraja, ekspresi yang terpancar di muka setiap orang kelihatan berbeza-beza. Tapi, mereka semua memberi perhatian pada setiap tindakan yang dilakukan oleh Lian Fu dan juga memasang telinga mereka untuk mendengar titah-diraja yang akan dibaca olehnya.

Suara nyaring Lian Fu bergema di dalam Dewan Utama itu. Isi kandungan titah-diraja itu tidak panjang. Titah-perintah diraja itu bermula dengan laporan tentang pencapaian ketenteraan Maharaja Changfeng dan mereka yang hadir pada hari itu sudah mengetahui tentang perkara tersebut. Mereka tidak menumpukan perhatian pada bahagian itu dan hanya menantikan bahagian hujung titah-diraja, iaitu pengganti yang telah dipilih oleh mendiang maharaja yang akan menduduki takhta kelak.

Adakah mendiang Maharaja telah memilih Putera Mahkota? Ataupun dia telah memilih Raja Yu?

"Putera ketiga, Chengxue mempunyai perwatakan moral yang teguh seperti Beta. Dia mampu mewarisi empayar Beta. Dia akan menggantikan takhta Beta dan menjadi maharaja yang seterusnya."

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja Lian Fu habis membaca titah-perintah diraja itu, seluruh istana diraja menjadi senyap sehingga boleh mendengar bunyi jarum jatuh. Semua orang terpegun.

Dalam titah-perintah diraja Maharaja... pengganti yang telah dipilih ialah... putera ketiga?

kelihatan seolah-olah petir telah menghentam Dewan Utama secara tiba-tiba dan menyebabkan para hadirin semua terkejut.

Raut wajah Putera Mahkota membeku dan matanya terbeliak. Mukanya penuh dengan rasa tidak percaya dan mulutnya ternganga sedikit, seolah-olah dia tersalah dengar apa yang dikatakan oleh Lian Fu tadi.

Raja Yu juga bingung. Dia berpaling dan melihat ke arah Ji Chengxue yang sedang berdiri di sebelahnya. Matanya penuh dengan rasa tidak percaya.

Zhao Musheng pun membuka matanya dengan besar. Tok Ouyang hampir hendak mencabut janggutnya. Senyuman yang melampau di wajah Menteri Kewangan itu terus membeku dan dia hampir tergigit lidahnya sendiri...

Ini satu keputusan yang tidak dijangka oleh semua orang. Tiada siapa yang sangka seorang putera yang selalu dihantar ke ekspedisi di luar sempadan oleh mendiang Maharaja, sentiasa tidak diendahkan dan tidak disukai oleh orang ramai telah dipilih sebagai maharaja seterusnya.

"Hahaha!"

Tiba-tiba, kedengaran orang tertawa di dalam Dewan Utama yang sunyi sepi bagaikan kawasan jirat itu. Lelaki berjanggut yang berdiri di sebelah Ji Chengxue tidak dapat menahan tawanya.

'Mana sifat angkuh kau sebelum ni? Sekarang, kau semua tahu siapa yang bodoh sebenarnya. Tengok muka Raja Yu yang terpegun tu. Mana pergi sifat angkuhnya sebelum ni?' Lelaki berjanggut itu berkata dalam hatinya.

Dia rasa sangat gembira apabila dia melihat ekspresi di wajah Putera Mahkota dan Raja Yu yang seperti sedang sembelit itu. Dia tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa. Sebelum ini, ketika mereka berada di luar Pintu Gerbang Dataran Misteri Menakjubkan, dia benar-benar rasa jengkel dengan pandangan hina Raja Yu.

Ji Chengxue pun turut terkejut juga. Selepas itu, senyuman terukir di mukanya ketika dia menepuk bahu lelaki berjanggut itu dan berkata dengan lemah lembut, "Berhenti ketawa, kita masih di dalam Dewan Utama."

Lelaki berjanggut itu berhenti ketawa, tetapi senyuman di mukanya tidak boleh dihilangkan dengan apa-apa cara sekalipun.

Walaupun Lian Fu yang membaca titah-perintah diraja itu tadi, tetapi dia sendiri tidak tahu isi kandungannya terlebih dahulu. Semuanya telah didedahkan semasa pembacaan titah-perintah diraja itu dan dia rasa sungguh bingung. Dia berkata dalam hatinya, 'Aku tak sangka yang... Maharaja telah memilih putera ketiga.'

Ji Chengxue membetulkan pakaiannya dan berjalan ke hadapan untuk menerima titah-perintah diraja itu dengan penuh hormat.

Putera Mahkota mendengus dengan geram dan beredar dari tempat itu dengan muka yang pecat lesi.

Sebelum Raja Yu beredar dari tempat itu juga, dia memberikan pandangan yang penuh makna ke arah Ji Chengxue.

Semua orang tidak menjangkakan hasil itu dan mereka masih belum sedar daripada kejutan yang hebat tadi. Di mahkamah diraja, semua pegawai tinggi berasa agak murung. Mereka telah memihak kepada seseorang, tetapi orang itu bukan pengganti yang telah dipilih oleh mendiang Maharaja.

Zhao Musheng sudah beredar dari tempat itu. Sebelum dia pergi, dia meneliti Ji Chengxue. Pandangan itu penuh dengan makna yang mendalam.

...

Selepas dia berjalan keluar dari Dewan Utama dan melewati Pintu Gerbang Dataran Misteri Menakjubkan, dua orang yang sama sedang berjalan di dalam salji. Ji Chengxue membisu seketika. Anginnya berubah dengan serta-merta selepas mereka pulang.

Lelaki yang berjanggut itu tertawa dengan senyuman lebar di wajahnya dan semangatnya tinggi. Dia berasa gembira kerana putera ketiga telah dipilih sebagai maharaja seterusnya.

Ada beberapa orang sahaja yang sedang lalu-lalang di Jalan Panjang. Salji berpusar-pusar ditiup angin sejuk.

Kelenting, kelenting, kelenting. Kelenting, kelenting, kelenting.

Kedengaran bunyi loceng berdencing-dencing di Jalan Panjang itu. Ji Chengxue dan lelaki berjanggut itu terus berhenti berjalan.

Di hadapan mereka, lima orang wanita cantik dengan badan yang menggiurkan sedang berjalan ke arah mereka. Mereka memakai pakaian yang diperbuat daripada kain kasa yang jarang. Mereka juga memakai loceng di pergelangan kaki mereka yang putih melepak. Apabila mereka berjalan, loceng mereka akan berdencing-dencing. Bunyi itu seolah-olah memiliki satu kuasa ajaib yang boleh memikat hati pendengarnya.

Lelaki berjanggut itu berjalan dan berdiri di hadapan Ji Chengxue sambil memandang ke arah mereka dengan geram. Dia mengambil nafas panjang sebelum menjerit dengan marah, "Wahai hantu-hantu dari Sekta Penyatuan Menggembirakan, berambus dari sini!"

Suaranya seperti bunyi guruh yang kuat. Ia seolah-olah telah berubah menjadi satu gelombang bunyi yang tidak dapat dilihat dan terus menghancurkan salji yang berpusar-pusar di sekeliling mereka. Bunyinya juga lagi kuat daripada bunyi loceng wanita-wanita itu.

Wei Xiangsi dan empat orang sahabatnya yang sedang berjalan di belakangnya berhenti berjalan. Mereka mengayun-ayunkan tubuh mereka dan daya tulen yang berwarna merah jambu meluap dari tubuh mereka. Daya tulen itu berubah menjadi satu riben yang panjang dan ia melayang-layang di sekeliling mereka.

"Raja Yu, lelaki tak guna tu! Sampai hati Raja Yu berkomplot dengan sekta-sekta untuk membunuh pengganti yang dipilih oleh mendiang Maharaja! Adakah Raja Yu merancang untuk memberontak!" Lelaki berjanggut panjang itu menjerit dengan marah.

Di belakang Ji Chengxue dan lelaki berjanggut itu, kedengaran bunyi tapak kaki berjalan. Hun Qianyun tiba dengan jubah hitamnya dan kelihatan api semangat membara-bara di dalam lesung matanya.

"Kalau Tuan Putera tak dipilih sebagai pengganti mendiang Maharaja, Raja Yu tak perlu hantar kami ke sini. Kalau nak salahkan sesiapa, salahkan diri Tuan Putera sendiri." Hun Qianyun berkata dengan suara seraknya dan kemudian, gelombang daya tulen melonjak keluar dari tubuhnya dan bergerak ke arah Ji Chengxue dengan laju.

"Kekeke! Akhirnya kita boleh bertindak! Saya betul-betul bosan!" Raja Tulang ketawa terbahak-bahak sambil memanjat dinding bangunan yang berdekatan seperti seekor cicak.

Ini satu keadaan yang terdesak bagi Ji Chengxue. Tiga sekta besar daripada Laluan Heterodoks telah berkomplot dengan Raja Yu untuk membuat serangan hendap di tengah-tengah Jalan Panjang di bandar diraja. Raja Yu betul-betul mengambil risiko...

Ketiga-tiga sekta itu bukan berada di sana untuk berbual dengan Ji Chengxue, tetapi mereka berniat untuk membunuhnya. Niat untuk membunuh Ji Chengxue bercampur dengan angin sejuk membuatkan bulu romanya di seluruh badannya meremang.

Ini merupakan serangan hendap yang dirancang terlebih dahulu dan dialah sasarannya.

Lelaki berjanggut itu mula tertawa dan saiz matanya menjadi besar seperti sebuah loceng. Kemudian, aura Maharaja Pertempuran kelas keenam yang menakutkan melonjak dari tubuhnya.

"Bodohnya kamu semua ni. Memandangkan kamu semua nak mati, saya akan penuhkan kehendak kamu semua! Tuan Putera, cepat pergi dari sini!"

Selepas dia habis menjerit, kemejanya yang berwarna kuning buluh tiba-tiba terkoyak dan ototnya berkembang dengan laju sekali. Seluruh badannya tiba-tiba menjadi lebih tinggi dan akhirnya, dia berubah menjadi gergasi. Daya tulen yang beredar di dalam tubuhnya menjadi sangat panas dan emping-emping salji yang jatuh ke atas kulitnya terus cair.

Kakinya menghentak tanah secara tiba-tiba. Salji yang terkumpul di atas tanah terus pecah berkecai dan jubin-jubin di atas lantai pun turut merekah. Lelaki berjanggut itu menjadi kabur apabila dia berlari dengan laju ke arah Wei Xiangsi dan sahabat-sahabatnya yang sedang menghalang jalan itu.

Ekspresi Ji Chengxue menjadi serius apabila hujung jari kakinya menyentuh tanah dan dia berlari di belakang lelaki berjanggut itu.

Kedengaran satu tumbukan yang berbunyi seperti seekor lembu jantan mendenguh dan tumbukan itu menghasilkan angin kencang yang mengandungi daya tulen yang sungguh menakutkan. Ia terus menghancurkan arus daya tulen yang menyelubungi Wei Xiangsi dan sahabat-sahabatnya dan kemudian, satu tekanan yang sangat besar menghempap lima orang wanita itu. Mereka pun menjerit seperti budak-budak perempuan.

Selepas itu, lelaki berjanggut dengan urat-urat yang timbul di seluruh tubuhnya itu berpaling dan berkata, "Tuan Putera, Patik akan lindungi Tuan Putera! Cepat lari dari sini!"

Ji Chengxue mengerutkan keningnya apabila dia melihat lelaki berjanggut itu, tetapi akhirnya dia bersetuju dengan kata-kata lelaki berjanggut itu. Dia mengetapkan giginya sebelum dia beredar dari situ.

Hun Qianyun dan orang-orang lain terus lari ke hadapan kerana mereka mahu menyerang Ji Chengxue. Walau bagaimanapun, lelaki berjanggut yang sedang berdiri di tepi telah menghentakkan kakinya ke tanah dengan kuat sekali sehingga tanah di bawah kaki mereka bergetar. Dia meletakkan kedua-dua genggamannya bersama dan menjerit dengan kuat, "Celaka, kamu semua tak guna! Kalau kamu nak bunuh Tuan Putera, kamu perlu bunuh saya dulu!"

Hun Qianyun dan orang-orang lain naik berang dan terus menyerangnya. Gelombang daya tulen dipancarkan ke arah lelaki berjanggut itu. Dalam sekelip mata, dia telah ditenggelamkan oleh daya tulen yang sungguh menakutkan.

...

Ji Chengxue memperlahankan lariannya. Akhirnya, dia berhenti dan terpacak berdiri di tempatnya. Dia bukannya tidak mahu mara ke hadapan, tetapi tidak jauh darinya, ada seorang lelaki yang berdiri dengan tangannya disilangkan ke belakang.

Raja Yu perlahan-lahan berpaling dan memandang ke arah Ji Chengxue.

"Beta tak sangka yang... ayahanda telah memilih Adinda." Ji Chengyu berkata dengan lemah lembut. Suaranya berbunyi sangat tenang. Walau bagaimanapun, bunyi suaranya itu telah membuatkan semua liang pada badan Ji Chengxue mengecil dan dia rasa ada sesuatu yang berbahaya yang akan terjadi kepadanya.


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C128
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen