App herunterladen
8.16% Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 78: Menghampiri Peningkatan Tahap

Kapitel 78: Menghampiri Peningkatan Tahap

Redakteur: EndlessFantasy Translation

Sangkar keluli itu berdentang apabila Bu Fang meletakkannya di atas lantai dapur. Dia meregangkan badannya dan melirik ke arah Ayam Phoenix Merah Darah yang diam berdiri di dalam sangkar itu.

"Sistem, kalau kualiti Ayam Phoenix Merah Darah ni kurang baik, adakah ia akan menjejaskan kesan Masakan Eliksir?" Bu Fang bertanya dengan bingung.

"Kalau kualiti bahannya kurang baik, kesan Masakan Eliksir akan jadi kurang baik juga. Logik, bukan?" Sistem itu berkata dengan serius. Bu Fang terkejut dengan kata-katanya.

Dia melihat ke arah Ayam Phoenix Merah Darah itu sekali lagi. Secara kebetulan, ayam itu menoleh kepalanya juga dan matanya yang berpusing-pusing itu memandang ke arah Bu Fang.

'Ini bahan yang disediakan oleh Putera Mahkota sendiri. Bukan salah aku kalau kesannya tak baik.' Bu Fang terdetik dalam fikirannya dan hatinya terus berasa lebih senang.

Setelah menutup restorannya, Bu Fang tak terus memasak. Dia berehat seketika dan memanggil panel sistemnya untuk membuat rujukan.

Tuan: Bu Fang

Jantina: Lelaki

Umur: Dua puluh tahun

Tahap Kekuasaan Daya Tulen: Gred Ketiga (Telah mencapai keupayaan untuk menunjukkan daya tulen di luar tubuh badan. Sebagai Tuhan Memasak di dalam dunia fantasi, kamu memang perlu menggunakan daya tulen ketika memasak. Terus berusaha, anak muda.)

Bakat Memasak: Belum diketahui

Kemahiran: Teknik Pemotongan Meteor Tahap Satu (80/100)

Alat: Pecahan Set Tuhan Masakan (3/4)

Penilaian Keseluruhan bagi Tuhan Masakan: Cef Perantis (Kamu sudah boleh masak bahan-bahan menggunakan daya tulen. Jika kamu berlatih dengan teknik pemotongan, jalan untuk mencapai Tuhan Masakan akan terbuka luas. Teruskan usaha, anak muda.)

Perolehan semasa ialah sebanyak tiga ribu enam ratus biji kristal. Darjah pertukaran daya tulen: 900/1000

Tahap Sistem: Tiga Bintang (Nisbah pertukaran ialah sebanyak dua puluh lima peratus.)

Semasa dia memberi tumpuan kepada panel sistem, ekspresi Bu Fang tak berubah tapi fikirannya agak gelisah. Perolehannya telah mencapai tiga ribu enam ratus biji kristal. Dia hanya perlu mendapatkan empat ratus biji kristal lagi untuk menaik taraf sistem dan meningkatkan tahap pertapanya.

Perolehannya untuk sehari lebih kurang empat ratus biji kristal.

'Nampaknya aku akan dapat tingkatkan tahap selepas waktu operasi pada hari esok. Ada ganjaran istimewa tak kalau jadi Semangat Pertempuran Kelas Keempat? Tapi aku sepatutnya dapat kumpul semua Set Cebisan Tuhan Masakan pada masa tu juga.' Bu Fang menggumam.

Selepas berehat seketika, dia berdiri dan menuju ke arah dapur. Masa penyediaan Sup Ayam Phoenix Berempah Sej sangat lama dan ia juga perlu menggunakan daya tulen semasa proses memasak, jadi Bu Fang tak boleh lalai.

Dia membuka pintu sangkar keluli dan segera menyambar Ayam Phoenix Merah Darah itu. Walaupun tenaga semangatnya disekat oleh sistem, binatang semangat kelas kelima ini sebenarnya bergelut dengan kuat juga.

Namun, Bu Fang seorang tukang masak yang berpengalaman dan tugas untuk mengendalikan bahan masakan ialah senang baginya. Tak lama kemudian, dia selesai memproses Ayam Phoenix Merah Darah.

Selepas mengambil Herba Sej Syurgawi daripada kotak cantik itu dan juga beberapa bahan perubatan yang diperlukan daripada beg kulit, Bu Fang mula menyediakan Masakan Eliksir, iaitu Sup Ayam Phoenix Herba Sej.

...

Angin Raja Yu baik apabila dia kembali ke kediamannya. Mungkin kerana dia telah makan sajian yang lazat dan minum wain yang baik, tapi Ji Chengyu rasa seolah-olah dia terapung ketika dia berjalan.

"Beta tak sangka yang sajian di restoran tu lazat. Wain Jed Penyejuk Hati tu memang tak dapat dilupakan." Apabila Raja Yu mengingati kembali rasa enak Wain Jed Penyejuk Hati itu, dia tak dapat menahan daripada menjilat bibirnya dan kesan mabuk jelas dilihat di dalam matanya.

Ini seorang lagi yang jatuh cinta dengan sajian Bu Fang.

Raja Yu tiba-tiba rasa agak menyesal. Dia sepatutnya boleh makan sajian itu kalau dia pergi ke Restoran Fang Fang dari dulu lagi.

Sewaktu Raja Yu sedang memikirkan hidangan yang dimasak oleh Bu Fang, Pengarah Kanan Sekta Jiwa, Hun Qianyun muncul di hadapannya bersama dengan orang bawahannya. Mereka semua memakai jubah hitam dan rupa mereka kelihatan agak jahat dan menakutkan.

Walaupun Raja Yu memandang hina terhadap mereka, dia masih tersenyum lebar apabila dia melihat mereka.

"Apa yang Tuanku dapat tahu semasa melawat restoran yang penuh misteri tu?" Suara garau Hun Qianyun bagaikan bunyi batu kerikil digosok bersama boleh meremang bulu roma sesiapa yang mendengarnya.

"Kekanda Beta dah tangkap Ayam Phoenix Merah Darah tu. Dia bawa ayam itu ke restoran sekali dengan bahan-bahan perubatan yang berharga dan meminta tauke restoran itu untuk masak Masakan Eliksir. Tapi... Masakan Eliksir itu hanya akan siap esok." Raja Yu berkata.

"Oh? Ia hanya akan siap esok?" Hun Qianyun mengecilkan matanya. Semangat apinya meluap-luap seketika seolah-olah dia sedang berfikir.

Raja Yu mengangguk dan berkata, "Masakan Eliksir itu bukan sajian biasa. Lagipun tauke restoran yang penuh misteri itu perlu luangkan masa yang agak lama untuk memasaknya. Tapi ini berita baik untuk kita."

"Adakah Tuanku bercadang untuk hantar kami ke sana untuk rosakkan sup itu esok?" Hun Qianyun bertanya dengan bingung.

"Betul, sup tu mesti dirosakkan. Ayahanda bukan saja tua dan lemah, dia juga menghidapi pelbagai penyakit yang tak dapat dikenal pasti. Melanjutkan jangka hayatnya hanya akan memanjangkan penderitaannya. Sebagai anaknya, Beta tak mahu melihat Ayahanda menderita... " Raja Yu menjawab. Kemudian pandangannya melirik ke arah Hun Qianyun dan berkata, "Sediakan beberapa orang dan juga para pakar dari kediaman Beta dan buat serangan hendap di pintu masuk pada hari esok. Ingat, kamu mesti rosakkan Sup Ayam Phoenix Herba Sej tu.

"Kalau kamu gagal kali ni... Kamu dan orang-orang kamu boleh berambus dari sini."

Hun Qianyun hanya berdiri jauh dengan sikap tak ambil kisah. Apabila dia mendengar kata-kata Raja Yu itu, semangat api di dalam matanya terus meluap-luap. Kemudian dia tabik hormat dan beredar dari bilik itu.

Sewaktu Raja Yu melihat Hun Qianyun pergi, senyuman terukir di bibirnya. Kemudian dia memandang jauh dan menjerit, "Sediakan seekor kuda untuk Beta, Beta nak masuk ke istana."

...

Istana Putera Mahkota, di sebelah kiri Pintu Gerbang Misteri Menakjubkan.

Putera Mahkota, Ji Chengan mempunyai ekspresi yang suram ketika dia duduk di atas takhtanya sambil melihat Xushi melutut di bawahnya. Mulutnya menggerenyet kerana dia sedang menahan kemarahannya.

Xushi rasa takut dan tak mampu untuk berbuat apa-apa. Dia faham yang Putera Mahkota dah mula mengesyakinya sejak mereka bertemu dengan Raja Yu di Restoran Fang Fang.

"Xushi, bolehkah kamu jelaskan kepada Beta mengapa Raja Yu berada di dalam restoran tu?" Putera Mahkota bertanya.

"Patik... tak tahu." Xushi tergamam.

"Selepas Beta beritahu kamu semalam yang lawatan kita tu ialah rahsia, kita bertemu dengan Raja Yu bila kita tiba di restoran tu... Kamu beritahu Beta yang semua ni hanya kebetulan?" Putera Mahkota tertawa.

"Tuanku… Adakah Tuanku meragui Patik?" Xushi mengangkat kepalanya dan melihat Putera Mahkota dengan serius. "Patik dah bersama dengan Tuanku selama bertahun-tahun. Bagaimana Tuanku tak faham cara Patik bekerja?"

Nada suara Xushi agak marah dan sedih.

Ji Chengan agak terkejut. Apabila dia melihat raut wajah Xushi yang sedih, ekspresi dinginnya menjadi lembut. Dia percaya Xushi tak akan mengkhianati dia.

Dia mengesyaki Xushi hanya kerana dia geram dengan ekspresi muka Raja Yu sebelum dia beredar. Kenapa Putera Mahkota harus dibuli oleh seorang raja?

"Baiklah, perasaan marah menyebabkan fikiran Beta jadi kalut. Beta tak salah anggap kesetiaan kamu. Sekarang, pergi sediakan beberapa orang pakar dulu. Oleh sebab Raja Yu dah tahu kita suruh Tauke Bu masak Sup Ayam Phoenix Berempah Sej, jadi tak selamat untuk kita ambil sup tu esok. Pergi cari lagi para pakar yang sekurang-kurangnya Raja Pertempuran Kelas Kelima."

"Baik, Tuanku. Patik pergi dulu." Xushi mengangguk dan memberi tanda hormat sebelum dia beredar.

Namun, tak lama kemudian, Xushi yang baru saja beredar tiba-tiba kembali semula dengan ekspresi cemas di wajahnya.

"Tuanku, Patik baru dapat berita yang Raja Yu... dah masuk ke istana diraja untuk bertemu dengan Tuanku."

Putera Mahkota mengerutkan dahinya dan raut wajahnya menjadi dingin. Selepas menyumpah seranah di dalam hati, dia lekas menukar pakaiannya dan menuju ke Dewan Besar untuk bertemu dengan Maharaja.

...

Hari sudah malam dan dua bulan sabit menerangi langit dicelah-celah awan yang gelap.

Beberapa orang tiba-tiba mendarat di lorong yang mana terletaknya Restoran Fang Fang. Mereka semua memakai pakaian berwarna hitam yang membolehkan mereka bergerak tanpa disedari pada waktu malam. Aura yang dipancarkan oleh mereka sangat kuat dan daya tulen mereka keluar daripada badan mereka dengan ganas sekali.

"Operasi esok tak boleh gagal... Kita mesti selesaikan susunan magik pada hari ni."

Di antara mereka, seorang lelaki yang bongkok muncul. Dua bayangan api semangat yang mengerikan berkelip-kelip dalam kegelapan dan kedengaran gema suara yang garau di udara.


Load failed, please RETRY

Geschenke

Geschenk -- Geschenk erhalten

    Wöchentlicher Energiestatus

    Rank -- Power- Rangliste
    Stone -- Power- Stein

    Stapelfreischaltung von Kapiteln

    Inhaltsverzeichnis

    Anzeigeoptionen

    Hintergrund

    Schriftart

    Größe

    Kapitel-Kommentare

    Schreiben Sie eine Rezension Lese-Status: C78
    Fehler beim Posten. Bitte versuchen Sie es erneut
    • Qualität der Übersetzung
    • Veröffentlichungsstabilität
    • Geschichtenentwicklung
    • Charakter-Design
    • Welthintergrund

    Die Gesamtpunktzahl 0.0

    Rezension erfolgreich gepostet! Lesen Sie mehr Rezensionen
    Stimmen Sie mit Powerstein ab
    Rank NR.-- Macht-Rangliste
    Stone -- Power-Stein
    Unangemessene Inhalte melden
    error Tipp

    Missbrauch melden

    Kommentare zu Absätzen

    Einloggen