Download App
32.31% Perceraian Ke-99 / Chapter 296: Ujian DNA

Chapter 296: Ujian DNA

Editor: EndlessFantasy Translation

Qin Shuhua berasa janggal dan terus cuba menjelaskan, "Ayah, saya tak…"

Kapten Li tidak menghiraukannya dan menoleh ke arah Su Qianci. Pandangannya bertukar lembut. "Kamu patut pergi sekarang. Dah lewat."

Su Qianci melihat telefon bimbitnya dan mendapati sudah jam sembilan pagi. Dia terkejut dan berkata, "Saya pergi dulu Atuk. Selamat tinggal Ibu, Atuk, Nenek Rong."

Nenek Rong yang sedang berdiri di tepi ruang tamu itu membalas, "Balik awal ya."

"Baik!" jawab Su Qianci dan terus bergegas pergi.

Kapten Li yang masih memegang tongkatnya duduk di sofa dan mula menonton TV.

Qin Shuhua yang berasa semakin janggal berjalan ke sofa itu lalu duduk. "Ayah, Li Xiao cakap dia akan salahkan dirinya sendiri kalau Ayah tak ikut saya balik hari ini."

"Apa kaitan dengan dia? Dia tak salah apa-apa," kata Kapten Li tanpa memandang Qin Shuhua.

Nenek Rong berasa keliru sebaik mendengar kata-kata itu. Bukankah Li Sicheng memberitahu ayahnya membuatkan Kapten Li marah, disebabkan itulah Kapten Li lari? Tetapi melihat daripada riak wajah Qin Shuhua, kelihatannya Kapten Li sebenarnya lari disebabkan oleh wanita itu. Walau bagaimanapun, bagaimana Qin Shuhua boleh menyebabkan Kapten Li marah? Sukar dipercayai! Nenek Rong curi-curi mendengar perbualan mereka.

Qin Shuhua kelihatan berasa bersalah ketika dia meminta maaf, "Ayah, saya minta maaf. Ini semua salah saya…"

Ia langsung tidak kedengaran ikhlas!

Kapten Li langsung tidak menoleh ke arahnya dan ketawa melihat rancangan TV.

Qin Shuhua yang berasa risau menyumpah orang tua itu dalam hatinya. Disebabkan ayah mertuanya itulah dia dipersalahkan oleh Li Xiao selama dua hari. Sekarang dia dipaksa untuk membawa ayah mertuanya itu balik, tetapi orang tua itu hanya menyeksanya. Walau bagaimanapun, dia tidak berani meluahkan segala yang berada dalam hatinya dan berkata, "Ayah, saya datang untuk berbincang…"

"Kamu memang tak putus asa!" Kapten Li mencampakkan alat kawalan jauh TV ke meja kopi dan marah. "Ayah dah kata ia tak akan terjadi. Qianqian isteri cucu Ayah. Anak Tang itu ingat dia boleh kahwin dengan ahli keluarga Li hanya disebabkan dia mengandung! Dalam mimpi sajalah!"

Sebaik mendengarnya, Nenek Rong terus faham tujuan sebenar kunjungan Qin Shuhua. Dia bukannya mahu menjemput Kapten Li balik, tetapi cuba untuk menjadikan Tang Mengying isteri Li Sicheng! Dahi Nenek Rong berkerut dan dia berasa marah terhadap Qin Shuhua yang tidak pandai berfikir itu.

Qin Shuhua panik apabila dimarahi Kapten Li. "Tapi dia mengandungkan anak Li Sicheng… Kalau orang lain tahu tentangnya…"

"Ayah lebih kenal cucu yang Ayah besarkan daripada kamu!"

"Saya tahu Ayah tak mahu percaya. Petang semalam, saya ambil rambut Li Xiao dan buat ujian DNA dengan kandungan Tang Mengying. Keputusannya dah keluar hari ini." Qin Shuhua mengeluarkan satu sampul kuning dari beg tangannya dan kelihatan serba salah.

Kapten Li yang masih ragu-ragu mengambil sampul itu dan mengeluarkan keputusan ujian DNA di dalamnya. Keputusan menunjukkan 72.31 peratus! Mata Kapten Li terbeliak, dia menyangka telah tersilap lihat dengan matanya yang kabur dan tua itu. Walau bagaimanapun, apabila dia melihatnya sekali lagi dan mengelipkan mata, nombor itu masih sama. Nama Li Xiao tertera di situ dan keputusan itu dikeluarkan oleh Hospital Tentera Pertama Kingstown.

"Saya kenal anak saya. Dia sukakan Su Qianci, jadi dia mahu terus bersamanya. Tapi dia tetap bersalah kepada Tang Mengying…"

Kapten Li merasakan dadanya sesak. Dia menekan dadanya dengan sebelah tangan dan kelihatan sedang menahan kesakitan yang teramat…


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C296
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login