Download App
38.42% Perceraian Ke-99 / Chapter 352: Kita Mulakan Hidup Baru

Chapter 352: Kita Mulakan Hidup Baru

Editor: EndlessFantasy Translation

Mendengar kata-kata itu, Su Qianci memalingkan wajahnya tanpa berkata apa-apa. Matanya mula basah tetapi dia cuba menahan dirinya daripada menangis.

Li Sicheng memandangnya dengan pandangan dalam dan melepaskannya. "Kamu masih ingat kamu berhutang sesuatu dengan saya semalam? Sekarang saya dah tahu apa yang saya mahukan."

Su Qianci akhirnya memandangnya.

"Saya nak batalkan kontrak perceraian itu."

Batalkan… Perkataan itu berdengung dalam kepada Su Qianci. Jika mereka batalkan kontrak itu sekarang, bukankah ia bermaksud mereka tidak perlu bercerai? Maksudnya dia dapat terus menjadi isteri Li Sicheng?

Li Sicheng dapat melihat Su Qianci tersentuh dengan cadangannya. Sudah tentulah Su Qianci juga tidak mahu bercerai, bukan? Dia tiba-tiba teringat cara Su Qianci memandangnya sewaktu mereka baru berkahwin. Cinta Su Qianci terhadapnya, emosinya yang bercampur-baur dan ketakutannya sangat jelas kelihatan. Apa yang telah berlaku? Sekarang isterinya itu memandangnya dengan sinis, marah dan sedikit benci. Li Sicheng tidak tahu bila cinta Su Qianci terhadapnya mula hilang. Dia juga masih tidak tahu apa kesalahannya. Walau bagaimanapun, dia tidak mahu melepaskannya atau bercerai…

Li Sicheng menutup muka Su Qianci dengan tangannya dan berbisik, "Kita batalkan kontrak itu dan mulakan hidup baru, okey?"

Li Sicheng benar-benar memaksudkannya. Pandangan matanya sungguh jujur dan membuatkan hati Su Qianci berdegup laju. Tetapi, bolehkah dia melakukannya?

Tidak!

Su Qianci menggosok matanya dan berkata sinis, "Kamu ingat saya sebodoh itu?"

Kontrak perceraian itu adalah satu-satunya perkara yang memberinya kuasa untuk bertindak. Jika dia kehilangannya, dia akan berhadapan dengan penyeksaan yang tiada kesudahan… Bagaimana jika Li Sicheng mahu segera bercerai, disebabkan itulah dia memerangkap Su Qianci untuk membatalkan kontrak itu? Su Qianci sangat tahu betapa liciknya suaminya itu. Dia tidak akan pernah mempercayainya lagi..

Tidak akan.

Mendengar kata-kata itu, Li Sicheng memegang muka Su Qianci dengan kuat. Dia tidak pernah berusaha sekuat itu demi seorang perempuan. Dia cuba merendahkan egonya tetapi yang dia dapat hanyalah ejekan Su Qianci? Matanya menjadi dingin dan api kemarahannya membara kerana berasa terhina. "Su Qianci!" katanya sambil mengetap gigi. 

Su Qianci berasa gementar dan berundur. Kemudian dia memberanikan dirinya untuk memandang Li Sicheng dengan pandangan acuh tidak acuh sambil berkata sinis, "Kamu marah?" 

Li Sicheng sedang menggenggam mukanya dengan kuat dan membuatkannya ketakutan.

"Saya benar-benar nak cekik kamu sampai mati," kata Li Sicheng sambil mengetap gigi. Dia mahu mencekik Su Qianci sehingga mati dan menghilangkan Su Qianci daripada hidupnya. Tetapi tidak mungkin dia sanggup melakukannya.

Su Qianci memandangnya dengan gementar. Kemudian Li Sicheng menolaknya lalu melemparkan sijil perkahwinan mereka ke atas lantai. Dia turun dari katil dan masuk ke bilik air. Apabila mendengar bunyi pancuran air dibuka, Su Qianci merebahkan dirinya di atas katil dan menghembus nafas lega. Satu-satunya perkara yang amat ditakutinya sepanjang dua kehidupannya adalah kemarahan Li Sicheng. Syukurlah, kali ini dia terselamat…


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C352
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login