Download App
95.45% Love where my time is freeze / Chapter 21: 3.0

Chapter 21: 3.0

Sebuah televisyen sedang menayangkan tajuk sebuah berita tentang kecurian sebuah Persea lama yang dikatakan milik Klan Laut Timur.

Persea itu kononnya dipercayai milik seorang ahli Dark Magic yang hanya dikenali sebagai The Eye dan dipinjamkan untuk pameran di ruang Cyrstal Tower, Suedny Town sempena Pameran Kesenian Musim Luruh yang sepatutnya berlangsung dua hari lagi.

Tapi atas alasan keselamatan, pameran kesenian itu terpaksa dibatalkan dan pihak polisi Suedny dan Interpol kini sedang dalam siasatan untuk mengesan beberapa lelaki yang dikatakan dalang kecurian itu.

Seorang lelaki mengambil remote control lalu menutup siaran televisyen di hadapannya. Ada seringaian di sudut bibirnya. Berita itu cukup lucu baginya.

Aneh! Kenapa Persea itu dianggap milik Klan Laut Timur? Siapa Klan Laut Timur itu. Tahukah mereka semua apakah benda yang disebut Petal Cyrstal suci itu?

Pihak berkuasa di sini memang berbeza dari tempatnya. Mereka kurang menitik beratkan soal-soal keselamatan dari setiap sudut.

Kerana itulah Persea itu yang dikatakan berharga berjaya dilarikannya tanpa apa-apa masalah.

Sebelum team nya berjaya melarikan Persea itu, mereka terpaksa mengintip berhari-hari lamanya dan mempastikan di lab mana satukah Persea itu ditempatkan. Semua ini penting untuk memastikan usaha mereka berjaya.

Setelah perancangan rapi dibuat, mer ia menjalankan misi rahsia menyeludup masuk Cyrstal Tower yang agak ketat kawalannya dengan kapasiti hampir 50 orang p ngawalnpada satu-satu masa. Dan ternyata usaha mereka sebenarnya lebih mudah berbanding apa yang mereka fikirkan.

Bunyi tapak kaki yang datang dari arah belakang mengejutkan Zepthione. Perhatiannya segera dialihkan. Seorang lelaki muda melangkah masuk lalu tercegat memerhatikannya di muka pintu. Zepthione tersenyum.

Lelaki itu mengeluh.

"Rasa macam sudah bertahun-tahun kat sini, sedangkan kita baru sampai beberapa bulan lalu di sini. Dunia kat sini sangat buat aku lemas. Jauh beza sangat dengan dunia kita. Saya lebih suka mati berperang di sana daripada menunggu di sini" keluh lelaki itu.

Zepthione tersenyum menatap Vleid yang asyik merungut-rungut sedari tadi. Lelaki itu memang orang yang paling kuat membantah apabila Tuan Wert memutuskan untuk menghantar mereka ke satu tempat yang dipanggil Hearty Valley, terletak di tengah-tengah Suedny Town yang sentiasa sibuk. Semuanya kerana Kunci Persea yang menyimpan sejarah pengembaraan Dewdien, seorang ahli sains teragung di tempat mereka.

Hanya dengan mencari kunci kunci itu, Tuan Wert mengharapkan mereka semua dapat membetulkan keadaan yang berlaku di tempat mereka. Semuanya kerana apa yang tertulis di dalam simpanan Alam kegelapan.

Menurut catatan Dewdien dinyatakan tentang sebuah Persea yang mampu meramal dan menunjukkan di mana lokasi kunci-kunci itu berada.

Setelah beberapa bulan mereka menjejak lokasi Persea itu, mereka menemukan Persea itu melalui satu teknologi canggih. Yang menyimpan maklumat maklumat penting Persea. Namun tidak sesempurna seperti yang ditulis Dewdien.

Persea berbentuk gulungan kertas usang yang diikat dengan tali merah yang mempunyai rantai berbentuk bunga mawar. Dan kerana rantai kunci itu, mereka sepakat mengatakan, Persea yang ada di dalam peti kaca Cyrstal Tower, Suedny Town itu adalah Persea milik Dewdien yang mereka cari cari selama ini.

"Zepth...." Suara itu memanggil Zepthione yang jauh termenung. Yang nyata semangat Zepthione terbang seketika apabila suara Vleid agak kuat sehingga menyentak emosinya.

"Apa?"

"Kau menungkan apa tu. Sia-sia aku bazirkan liur aku sejak tadi bercakap kat kau. Tengok kau tu melamun memanjang. Dah macam aku tengah bercakap dengan tunggul kayu. Cakap sorang-sorang pula aku tu dah macam orang gila" Vleid menjeling tidak puas hati.

Zepthione mengeluh kecil. Diraup wajahnya. "Aku risau"

Vleid mendekati lelaki itu yang sedang duduk di sofa. Bahu Zepthione ditepuk-tepuk kecil.

"Jangan bimbang, Alwiz okay je tu. Sejak dulu begitu. Antara kita berlima, dia orang yang paling tabah," ujar Vleid.

Zepthione menoleh ke arah Vleid. Nafasnya ditarik perlahan.

"Bukan Alwiz yang aku risaukan" keluh Zepthione.

Vleid tercengang.

"Habis tu?"

"Bella! Aku paling risau tentang Bella." Sebut Zepthione lambat lambat.

Vleid terdiam. Nama yang meniti di bibir Zepthione membuatkannya terdiam.

"Aku bimbang dia ikut terlibat dalam misi kita. Ratu Meralid dulu menghantarnya ke sini dengan harapan tidak ada seorang pun tahu tentang Bella yang masih hidup. Tapi Tuan Wert pula menghantar kita ke sini untuk menemui Arsen," getus Zepthione.

"Habis? Apa yang kau bimbang? Bukankah Alwiz sendiri yang menawar diri untuk menemui Arsen?" Vleid bertanya ingin tahu.

Mendengar itu tawa sinis Zepthione terdengar.

"Kau yakin yang Alwiz hanya bertujuan dengan misi team kita? Kau sama sekali salah besar."

"Saya kenal sangat-sangat dengan Alwiz tu macamana. Tak ada siapa dalam dunia ni yang mampu melepas masa silamnya semudah itu. Tujuan dia sebenarnya adalah yang paling utama di hatinya"

"Namun tiap orang takut dengan masa silam. Tak terkecuali Bella. Namun Bella tidak boleh tahu masa lalunya. Dan aku memahami betapa hati Alwiz terluka bila berhadapan dengan Bella. Apalagi saat Ratu Meralid sendiri turun tangan mengunci ingatan Bella. Alwiz sejak dulu sering terluka. Kali ini juga mana mungkin dia dapat menghindarinya" keluh Zepthione. Benar-benar runsing.

"Kau rasa Alwiz dapat tak maafkan Bella?" Tanya Vleid.

Tajam pandangan Zepthione mengarah ke arah Vleid. Terdiam Vleid. Tatapan tajam itu lagi desis hatinya. Tatapan yang dulu tak pernah wujud sebelum perpisahan mereka semua.

"Kau pun tak pernah nak percayakan Bella? Kenapa kalian selalu mengatakan hal yang sama sedangkan kita sendiri pun belum tahu kebenarannya! Aku kecewa dengan kau Vleid" Zepthione berlalu pergi. Panas hatinya dengan soalan lelaki itu.

"Zepth ke..kenapa semua..oo..orang tak percayakan Bella. Kejam sangat ke Bella ni."

"Tak sayang. Lihat saya, hmm. Saya sentiasa ada dengan awak kan. Saya percayakan awak."

"Tapi.."

"Syyh. It's okay." Tubuh yang dipenuhi luka itu dipeluk. Bagai ada ribuan sembilu menusuk di hatinya melihat dengan mata kepala sendiri betapa siksa hidup yang cuba dilaui oleh gadis yang bahkan belum mencapai umur remajanya.

Lama dia memeluk tubuh itu sehingga tangisan itu meredah.

"Bella..." Nama itu lembut dipanggil. Serta-merta pandangan polos itu tertumpu ke arahnya. Tersenyum dia namun hanya seketika cuma. Betapa kejamnya kenyataan sehingga sanggup melukai hati sesuci ini. Namun sedaya upaya dia cuba tersenyum.

"Bella listen to me okay"

"Apa dia" suara comel itu merdu sekali di pendengarannya. Diusap pelan kepala gadis itu.

"Kalau apa-apa jadi sekali pun nanti, ingat saya tetap akan ada untuk awak, hmm. Tak pernah akan pergi. But you need to promise me one thing"

"Kalau nanti kita ke aula utama ingat jangan pernah sekalipun buka kain ni okay" Bella hanya menurut bila dia memasangkan kain merah untuk menutupi mata gadis itu.

"Apa ni?" Bella cuba melepasnya namun dihalang lembut oleh jemari Zepthione.

"Promise me Bella. Jangan sekali-kali buka kain penutup ni, hmm. When you feel hurt just remember that I always be your side." lemah suara Zepthione kala mengingat tak lama lagi ritual itu akan bermula. Semakin diingat semakin dia takut.

Ditarik sekali lagi tubuh itu ke dalam pelukannya. Mungkin ini terakhir kalinya. Dia berpaling ke luar. Semuanya sudah menunggu. Ratu juga sudah ada di sana. Berubah tajam tatapannya. Aku akan pastikan suatu saat nanti semua mereka itu hancur di tangan ku!

Kala ritual itu bermula dia memejam mata tidak sanggup melihat. Ada genangan yang mengalir jatuh dari tubir mata kala jeritan nyaring penuh kesakitan itu bergema. Runtuh dunianya kala itu juga. Penumbuk diggemgam kuat bahkan sehingga kulit nya luka berdarah bila kuku-kukunya menancap masuk.

Tak semena-mena ada suara lembut masuk ke dalam fikirannya.

"Zepth ini terlalu sakit. Aku sudah tidak mampu. Biarkan aku lelap untuk kali ini ya"

Terbuntang matanya. Ini suara dari....Bella! Pantas dia mengangkat pandangannya. Hitam. Hanya ada dirinya sahaja di sana. Tercungap-cungap dia. Mimpi itu lagi. Diraup kasar wajahnya sebelum perlahan-lahan bangun.

.

.

.

.

Happy reading u all..🤗🤗


next chapter
Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C21
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login