Download App
75% DENDAM DAN CINTA / Chapter 14: DV 15

Chapter 14: DV 15

Dyla terbangun dari tidur bila azan berkumandang. Senang betul duduk rumah dekat dengan masjid. Dyla memisat matanya. Tertidur di atas sofa rupanya. Dyla bingkas bangkit dari baringnya. Rambut diikat atas.

'Another day gonna be a painful day.' bisik Dyla sendiri.

Kakinya melangkah naik ke bilik. Pintu bilik masih terkatup. Perlahan-lahan Dyla buka daun pintu. Kepala dijengah ke dalam. Bilik sudah terang-benderang. Tapi batang hidup Alfan langsung tak kelihatan.

Dyla masuk ke dalam bilik perlahan-lahan. Tidak mahu derap kakinya didengari Alfan. Baju dan tuala dicapai.

"Dah macam pencuri masuk bilik, kenapa?" tegur Alfan dari belakang yang baru selesai mandi. Kepala Dyla pantas berpusing.

"Er. Bila awak keluar bilik air?" Dyla kerling pintu bilik air dengan tubuh Alfan. 'Aku tak dengar pun pintu bilik air terbuka.'

"Aku mandi kat bawah. Kenapa?" Alfan capai baju kemejanya.

"Kenapa tak mandi guna bilik air ni aje?"

"Suka hati aku lah. Ni rumah aku." Alfan belek muka pada cermin.

'Ni kalau aku menjawab, sampai tahun depan pun tak habis. Bila pula aku nak mandi?' Dyla terus memboloskan diri ke dalam bilik air.

DYLA mencari-cari bukunya. 'Mana aku letak? Mana aku letak?' Dyla menggeledah almari buku milik Alfan.

"Kau cari apa?" Alfan sergah dari pintu bilik. Terkejut Dyla dibuatnya.

"Buku."

"Buku apa?"

"Bukan awak tahu pun." Dyla meneruskan pencarian.

"Buku, beg semua dah ada dalam kereta. Cepat turun." arah Alfan. Terpinga-pinga Dyla dibuatnya. Tapi dia dah takde masa nak layankan ego. Kalau lambat masuk kelas, kejap lagi ada aje yang kena bahan. Lagi sekarang dah pegang status 'Puan'.

Siap menyarung stokin, Dyla turun.

"Kereta aku." Alfan ambil kasutnya dan terus masuk ke dalam perut kereta. Dyla garu kepala. 'Semalam dah sakitkan hati aku, sekarang nak buat baik hantar aku pergi kelas pula?'

"Saya boleh bawa kereta saya sendiri. Kan awak juga kata, hal masing-masing?" Dyla sarung kasut. Pintu kereta tempat duduk penumpang dibuka. Beg dan bukunya diambil.

"Itu dalam rumah. Ini luar rumah. Masuk cepat." Alfan masih dingin.

"Saya ada kereta saya." Dyla hempas pintu kereta. Alfan diam. Baru Dyla nak buka pintu keretanya sendiri, Hairul tiba dengan motornya. Helmet segera dicabut dari kepala.

"Puan." Hairul menghampiri Dyla.

"Kenapa?" Dyla terkebil-kebil.

"Tuan Alfan bagi arahan kat saya untuk hantar kereta Puan pergi betulkan kemek depan tu." terang Hairul.

Dyla diam sejenak dan berfikir. "Takpe. Saya boleh buat kemudian. Saya ada kelas ni. Maaf menyusahkan awak." Dyla cuba masuk ke dalam kereta, tapi dihalang Hairul.

"Maaf Puan. Ini arahan dari tuan." Hairul menarik lengan Dyla supaya duduk jauh dari kereta. Terus Hairul masuk ke dalam perut kereta dan menutup pintu. Kunci kereta sudah tercucuk di rumahnya.

Dyla garu kening. Dia menoleh melihat Alfan yang masih kaku menunggunya di dalam Mini Cooper. Nak tak nak, kaki terpaksa dihayun.

Bunyi pintu kereta dibuka dan ditutup membuatkan Alfan terus buka mata. 'Lama betul nak tunggu minah ni masuk kereta.' bebelnya sendirian.

"Pakai seatbelt." pesan Alfan. Dyla menurut perintah walaupun dalam jiwanya memberontak.

'BALIK KELAS pukul berapa?" soal Alfan. Entah apa yang dirasakan Dyla ketika itu, ianya semua berkecamuk. Waktu kat hotel haritu, Alfan berjaya buat dia ketawa. Tapi semalam.. Lelaki itu menyakiti hatinya. Pagi ini pula, baik nak tolong baiki kereta. Lelaki ni nak apa sebenarnya?

"Saya rasa, kalau awak boleh selidik pasal saya keseluruhan, tak mustahil jadual kelas saya pun awak boleh selidik." sindir Dyla sebelum keluar dari perut kereta.

Alfan ukir senyum segaris.

'Auch! Pedas.'

IKRAM ambil tempat di sebelah Dyla. Gadis itu baru mahu keluarkan buku nota. Ikram juga senyap. Entah kenapa dia rasa macam nak mengusik Dyla, apa sahaja yang dikeluarkan Dyla dari begnya, dia belek.

"Apa kau nak ni, Ikram?" Dyla keluarkan kotak pensil.

Kotak pensil itu pula yang menjadi sasaran Ikram.

"Macam mana life lepas kahwin? Best tak?" zip kotak pensil ditarik ke bawah.

"Kenapa? Kau nak kahwin juga ke?" usik Dyla.

"Hmm.. Rasanya." entah apa yang dia cari di dalam kotan pensil Dyla pun dia sendiri tak tahu.

"Dah ada calon?" soal Dyla.

"Ada. Tapi aku tak tahu lah kalau dia nak kahwin dengan aku ke tak." sengih Ikram. Thumbdrive dikeluarkan dari kotak pensil.

"Banyaknya thumbdrive kau." tiga thumbdrive sudah berada di atas meja. Dyla yang sedang membuka aplikasi Facebook di dalam telefon hanya senyum.

"Dua aje."

"Dua apa? Ni ada tiga."

Cepat kepala Dyla terangkat. 'Tiga?' Dyla belek thumbdrivenya. Dia kunci mulut. 'Ini Alfan punya.' Sudah berapa lama thumbdrive itu tidak dipulangkan kepada tuannya. Alfan pula tidak pernah meminta.

'Nantilah bagi kat dia.'

"Assalamualaikum." Puan Hafnah masuk ke dalam bilik kuliah. Terus bilik kuliah jadi sepi dari hingar macam di pasar sebentar tadi. Masing-masing menjawab salam pensyarah itu. Buku diletakkan di atas meja.

"First of all, Nur Haidyla?" Puan Hafnah mencari-cari batang hidung Dyla. Terkebil-kebil dia dibuatnya bila namanya dipanggil. Semua mata terarah kepadanya. Dia berdiri.

"Tahniah on your wedding day. Maaflah saya tak dapat datang." ramah pensyarah itu. Dyla senyum.

"Takpe." Dyla duduk kembali.

"So, before kita mula kelas ni.. Kita ingat balik pasal chapter sebelum ni."

Dyla telan air liur. 'Aku tak baca apa pun!'

Soalan yang dikemukan tidak ada seorang pun yang angkat tangan untuk jawab sehingga memaksa pensyarah itu mencari mangsa.

"Puan baru kita? Boleh tolong terangkan?" nama Dyla sekali lagi dipanggil. Terpinga-pinga dia. 'Aku nak recall pun, tak boleh. Memang tak ingat langsung!'

Dyla menunduk. Tak dapat jawab.

"Mungkin awak sibuk dengan majlis kahwin awak, honeymoon and all that. Tapi ingat kelas, your final is around the corner. Jangan ambil mudah. Eventhough awak ada lagi satu semester left, tapi semester ni don't screw up." Macam ada satu batu lima tan hempap kepala. Pipi Dyla merah menahan malu.

"Dyla, married life and single life are two different things. I know you have a lot of commitment, tapi you have to know how to manage between two things which is komitmen belajar dan komitmen di rumah." sambung Puan Hafnah. Lagilah tambah malu!

Dyla hanya mengangguk.

MALU pagi tadi masih tak hilang. Dyla keluar dari bilik kuliah ketiga dengan menunduk. Kata-kata pensyarah tadi menusuk ke dalam jiwa. "Ah, bukan aku seorang yang tak boleh jawab, aku rasa ramai lagi yang tak boleh jawab. Bukannya semua jenis kaki belajar 24 jam." bebel Dyla seorang diri.

"Apa yang dibebelkan tu?" Shah berjalan menyaingi Dyla dari sisi.

"Ahhh!" jerit Dyla. Terkejut. Tiba-tiba orang tegur kat sebelah pula. Dibuatnya Puan Hafnah dengar apa yang dia kata, tak tahu dia nak letak muka kat mana.

"Kenapa?" Shah ketawa.

"Terkejut orang lah!" buku di tangan terus didebik ke lengan Shah.

"Ei! Sakitlah. Buku tu dah la tebal." Shah menyeringai sakit.

"Sorry-sorry." Dyla ketawa kecil.

"Dah habis kelas?" tanya Shah sambil menggosok-gosok lengannya.

"Dah."

"Nak balik terus ke, makan dulu?" Dyla jadi pelik. Selama tiga tahun dia di universiti ini, tidak pernah sekalipun Shah tanya sebegitu. 'Kenapa aku dah jadi bini orang, baru kau nak tanya, Shah?'

"Hm.. Baliklah. Ada mulut yang nak ke suap kat rumah." jawab Dyla.

"Oh. A'ah kan." Shah sengih.

"Hati-hati balik nanti." pesan Shah. Dyla mengangguk. Shah pergi dahulu ke motornya. Bayang lelaki tu dipandang dengan ekor mata.

Dyla teruskan langkah untuk menunggu Alfan di perhentian bas. Tapi kelibat kereta Alfan sudah boleh dilihat dari pintu pagar lagi.

"Sembang apa dengan Shah?" soalan Alfan membuatkan Dyla tersentap. 'Dia tahu aku bercakap dengan Shah?'

"Dia tegur aje."

"Bukan dia ajak makan?"

Mata Dyla besar. "Dia tak cakap pun dia ajak makan. Dia cuma tanya nak balik terus atau makan dulu. Itu aje."

"Tu bukan maknanya dia ajak makan?"

Dyla memalingkan tubuhnya menghadap Alfan.

"Awak stalk saya, eh?"

"Mana ada." Alfan pakai cermin mata hitam.

Melihatkan perlakuan Alfan, Dyla sudah boleh agak. "Awak stalk saya!"

"Mana ada!" Alfan tetap tidak mahu mengaku.

"Dah tu macam mana awak boleh dengar apa yang dia cakap?"

"Aku terdengar, okay." Isyarat ke kanan diberikan sebelum kereta mula bergerak menyusuri jalan raya.

"Kiranya awak stalk saya lah! Kenapa tak tegur saya waktu saya dengan Shah aje? Bukan ke awak memang pakar menerjah orang?"

"Buat apa aku nak sibukkan hal kau."

"Tapi kenapa awak ada depan bilik kuliah saya?" Dyla pandang ke depan semula.

Alfan diam.

"Nak pergi makan?" Alfan tukar topik. Dyla jeling. 'Stalk orang lah tu.'

DYLA lihat sekeliling. Biasanya kalau nak makan pun pergi gerai biasa tepi jalan aje. Tapi kali ni, dia agak janggal dengan keadaan di dalam restoran. Bunyi lagu yang dimainkan juga menenangkan. Alfan memerhati dari belakang cermin mata hitamnya.

"Dalam ni takde matahari. Awak dah boleh tanggalkan cermin mata tu." tegur Dyla.

Alfan longgarkan tali leher dan menarik cermin matanya ke bawah.

"Nak makan apa?" menu ditarik rapat dengan matanya. Dyla perlahan-lahan membuka buku menu. Matanya berpinar melihat perkataan-perkataan itu. Bukannya dia tak tahu. Dia tahu. Dia faham. Tapi dia masih tak faham kenapa makanan seperti itu harganya perlu tinggi macam 100gm emas. Hiperbola sangat ke perumpamaan?

Dyla kemudian tutup menu. Kepala diangkat. Bibir mengukir senyuman.

"Dah tahu nak makan apa?" Alfan hanya pandang sekilas tanpa mendongak kepala. Hanya ekor mata yang menjalankan tugas untuk melihat si isteri.

"Dah." menu ditolak jauh. Sengihnya masih tak hilang. Alfan pelik sebentar. Tapi tidak dilayan perasaan itu.

Seorang pelayan datang membuka buku pesanan. Dengan bergaya dan langkah diatur, dia mula mencatat permintaan Alfan.

"Awak nak makan apa?" mata Alfan tenung Dyla. Senyuman gadis itu makin melebar. Kedua lengannya diletakkan di atas meja.

"Nasi putih satu. Telur bungkus satu. Kailan ikan masin dengan Tomyam daging." Dyla pandang pelayan lelaki itu tidak berkelip.

Lelaki itu kelihatan terpinga-pinga. Alfan ketap gigi.

"Abaikan pesanan dia. Bagi dia menu yang sama dengan saya." buku menu diserahkan.

"Minum cik?"

"Teh O' beng." jawab Dyla.

"Maaf, cik. Apa dia?"

"Teh O' beng." ulang Dyla dengan muka nakal.

"Teh O Ais." Alfan mengulang. Matanya tak lepas memandang Dyla. Dyla tahan gelak. Tapi bibirnya senyum nakal.

"Oh. Okay. Itu sahaja cik?"

"Ya itu aje." baru pandangan Alfan beralih arah kepada si pelayan. Setelah pelayan itu pergi, Alfan tenung semula kepada Dyla.

"Apa kau cuba buat?"

"Apa? Saya nak makan benda tu. Maaflah kalau off menu. Tapi tu selera saya."

"Tak boleh ke sebut teh o ais?"

"Saya selalu pergi kedai depan rumah, saya minta teh o'beng. Dah jadi kebiasaan." Dyla pandang tempat lain.

"Ini bukan kedai depan rumah kau."

"Maaf kalau awak rasa saya tak sesuai dengan tempat awak." Dyla pandang tempat lain.

"Bila bercakap, pandang aku."

"Mata saya bosan asyik tengok awak."

"Aku suami kau."

Dyla ketap bibir. Perlahan-lahan dia memandang Alfan.

"Nak kena ingatkan baru nak ikut kata?" sindir Alfan.

"Lain kali kalau nak bawa saya makan, jangan bawa dekat tempat mewah macam ni. Saya tak reti."

"Tak reti, boleh belajar."

"Saya tak nak."

"So salah kau yang tak nak belajar. Bukan aku."

"Kalau awak rasa nak dimalukan, bawalah selalu. Saya tak kisah."

"Apa? Kau rasa aku malu?"

"Bukan itu yang awak rasa ke?"

"Buat apa nak malu? Kau yang sepatutnya malu."

"Funny. Sebab saya tak rasa malu langsung." Dyla peluk tubuh dan bersandar. Menang.

Alfan senyum sinis.

SELESAI menjamah makanan, mereka pulang ke rumah. Badan yang letih minta direhatkan. Dyla panjat anak tangga satu-persatu. Alfan masuk ke dapur dan menuang segelas air masak dahulu baru dia turut sama naik ke bilik.

Dyla melemparkan beg ke atas katil. Kebiasaan yang dia sering lakukan ketika duduk di hostel dan rumah. Tak reti nak simpan elok-elok.

Tudung dicabut dan dibaling ke atas beg. Dia baring sebelah begnya secara menelentang.

"Beg dengan tudung tak boleh nak sangkut ke?" tegur Alfan. Dah bunyi macam bapa-bapa.

"Kenapa? Awak tak boleh tahan bilik bersepah ke?" Dyla melelapkan mata.

Alfan angkat tudung dan beg Dyla lantas memasukkan tudung itu ke dalam bakul baju kotor, manakala beg diletakkan ke dalam almari pakaian.

"Walaupun umur awak taklah tua sangat, tapi awak ni cerewet juga, kan?" Dyla mengiring badan dan menongkat kepala.

"Nah." gelas diberikan kepada Dyla. Terkebil-kebil gadis itu dibuatnya.

"Apa? Saya tak minta air pun." Dyla bangun dan duduk bersila. Gelas tetap diambil.

"Bibir kau kering. Minumlah sikit air. Aku tak suka tengok bibir tu luka-luka nanti."

'Dia prihatin?'

"Bukan sebab aku care. Tapi aku memang tak suka. Cuba jaga sikit badan tu." Alfan seakan dapat baca apa yang berada di dalam kepala Dyla.

'Aku tak suka air kosong.' Gelas ditenung. Alfan membuka butang baju satu persatu.

"Kenapa tak minum lagi?"

"Ni bibir saya. Kalau luka pun, saya yang rasa." jawab Dyla. Alfan merapati. Dyla menunduk. Malu bila tubuh Alfan hampir terdedah.

"Nak kena paksa baru nak minum?" pertanyaan Alfan berbaur ugutan. Gelas terus dirapatkan ke bibir. Nak tak nak, kena telan juga.

"Dari dulu tak pernah berubah. Air kosong memanglah tak ada rasa, tapi menyihatkan. Jangan asyik nak minum air manis hari-hari aje."

Bulat mata Dyla. 'Macam mana dia tahu?'

"Macam mana awak..." Dyla diam kejap. Alfan masih menunggu perkataan yang bakal keluar dari mulut Dyla.

"Aaaa.. Hairul. Kan? Sampai benda macam tu pun awak selidik? Awak ni kalau jadi FBI mesti kes selalu selesai cepat." dia teguk lagi air.

Alfan kembali ke almari dan capai tualanya. Tanpa menghiraukan Dyla yang memerhatinya dari tadi, dia terus masuk ke bilik air.

DYLA hempas pen di atas meja. Entah berapa kali dia baca, dia tetap tidak ingat. Kenapa entah tak nak masuk dalam kepala? Adakah sebab dia berlaku kasar dengan Alfan, suami sendiri?

Dyla gigit pen dan pegang buku. Cermin mata masih dipakai. Kehausan memaksa dia untuk turun ke bawah mencari air. Dekahan suara Alfan membuatkan dia tertanya-tanya. Apa yang seronok sangat tu?

Mata Dyla mencuri-curi pandang ke arah ruang tamu. Alfan yang berkaca mata sedang menonton televisyen. Baru dia perasan.. Lelaki itu berkaca mata. Sebelum ni, dia tak pernah nampak lelaki itu memakai cermin mata selain cermin mana hitam dia tu.

Rambut lelaki tu tak terpacak macam siang hari yang selalu disapu gel. Dyla tenung lama lelaki itu. Tiba-tiba Alfan menukar pandangan. Mata lelaki itu tepat memandangnya yang berada di tangga.

"Kenapa?" soal Alfan. Dyla telan air liur.

"Er.. Nak ambil air." cepat-cepat Dyla masuk ke dapur.

"Minum air mineral! Arahan dari suami!" jerit Alfan dari ruang tamu. Dyla mencebik. Terpaksa juga dia ambil air mineral dan dituang ke dalam gelas.

Kaki melangkah keluar dari dapur menuju ke ruang tamu. Kalau nak belajar aje, boleh cramp otak!

Dyla ambil tempat di sisi Alfan yang sedang menonton Runningman. 'Comel juga lelaki yang layan Korea ni.'

"Apa kau buat? Bukan minggu depan ada exam ke?" soal Alfan.

"Penatlah nak belajar aje. Ada masa kena rehatkan kepala juga. Ni asyik baca aje, dari tadi satu apa pun tak masuk-masuk dalam kepala." Dyla bersandar dengan muka masam.

"Itu kalau belajar membabi buta, memang macam tu. Cuba fahamkan." bebel Alfan. Dyla merengus.

"Ayat macam apa aje. Twist sana sini. Susah sangat nak faham." Dyla beri alasan.

"Dekat atas tu, ada banyak kamus kat almari. Tak reti nak tengok?"

"Bukan kamus saya. Tu kamus awak."

"Nak belajar pun kena tahu hak milik siapa ke?"

"Mestilah. Nanti tak berkat."

"Kalau macam tu, tak reti nak minta izin?"

Dyla diam. Dahlah tension dengan belajar, dengar lelaki ni membebel lagi tension.

"Pinjam kamus." mendatar suara Dyla. Dia angkat punggung untuk ke bilik. 'Sambung study pun bagus daripada dengar lelaki ni membebel, menyoal tak henti.'

Lengan Dyla ditarik kasar hingga gadis itu terduduk semula.

"Tenangkan dulu minda tu. Kalau paksa juga, karang satu apa pun tak masuk." arahan Alfan diterima baik oleh Dyla.

Kejap-kejap mereka ketawa, kejap-kejap mereka ketawa. Sampai letih mulut, sakit perut.

"Dyla, semalam kita beli barang dapur, aku ada beli jajan. Ambil kejap." mata Alfan masih fokus.

"Kejaplah." Dyla turut sama fokus.

Tiba-tiba Alfan capai alat kawalan jauh dan tekan butang pegun (pause). Dyla terkejut.

"Ni rakaman ke?" bulat mata Dyla.

"Aku mana sempat nak tengok Runningman sepanjang masa dia bersiaran. Aku rakamlah."

Dyla mencebik.

"Tunggu kejap. Jangan play lagi!" amaran Dyla jelas.

"Suka hati akulah kalau nak play juga. Kau tu sepatutnya pergi belajar."

"Awak juga yang suruh tenangkan fikiran tadi. Awak yang tarik saya."

"Itu tadi. Lima belas minit cukuplah. Ni sampai nak habis kau tengok."

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!" jeling Dyla. Disebabkan malas nak dengar apa yang akan dibalas Alfan, segera Dyla berlari ke dapur mendapatkan snek. Alfan mencebik.

"Nah!" Pringles Sour Cream & Onion diserahkan. Pantas tangan Alfan mencapai dan mengoyak penutup kertas. Dyla kembali ke tempatnya. Kaki dinaikkan ke atas dan dipeluk kedua-duanya.

"Nak?" Alfan hulur Pringles.

Dyla senyum. Tangan kanan diseluk ke dalam balang itu. Tidak semena-mena tangannya ditepuk kuat.

"Auuu!" kerut dahi Dyla dibuatnya.

"Tangan tak basuh lagi kan?"

'Habis? Tadi kau makan, tak cuci tangan pun. Main terkam aje macam singa lapar.'

"Tangan saya bersih, okay."

"Kau dah peluk kaki, kata bersih lagi? Pergi basuh."

"Awak pun bukan cuci tangan tadi."

"Tangan aku bersih."

"Bersih apanya? Awak sentuh remote tadi kan?"

"Barang-barang dalam rumah aku ni, semuanya bersih. Kaki kau aje yang kotor." selamba kata Alfan sedikit sebanyak melukakan hati Dyla.

'Kau nak kata aku kotorlah ni?'

"Sudahlah. Tak payah offer. Saya tak nak." Dyla kembali peluk kaki dan mendaratkan dagunya ke lutut.

Walaupun Alfan ketawa, Dyla mula rasa apa yang ditonton tidak lagi menggelikan hati.

"Saya naik dulu." Buku dan pen dicapai dari meja di depan mereka.

"Nak study dah? Runningman dah nak habis kot. Tak nak tengok bagi habis?" tiba-tiba pula Alfan baik hati.

"Takpelah. Boleh tengok esok."

Tanpa toleh ke belakang, Dyla naik ke bilik. 'Sakit pula hati Mak Jemah.'

~ikuti terus oke~


next chapter
Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C14
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login