Download App
10.74% AKU AKAN MENGUNCI SYURGA / Chapter 79: Bunuh!

Chapter 79: Bunuh!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Empat biji pil racun," kata Meng Hao dengan suara yang serius dan riak wajah yang meluat. "Aku daripada generasi muda bimbang jika aku makan pil ini, aku tidak boleh membimbing kamu. Jika racunnya berkesan, aku akan mati. Jika racun itu tidak berkesan, maka bagaimana generasi yang lebih tua hendak pasti aku boleh menghilangkan racun itu nanti? Atau adakah kamu tidak mempertimbangkan hal itu?!"

"Sudah pasti ada teknik untuk menghilangkan racun," kata lelaki tua berwajah merah daripada Sekta Badai Salju dengan wajah tanpa perasaan. "Sama ada kamu memilih untuk percaya atau tidak terpulang kepada kamu." Dalam hal ini, dia menggunakan taktik Meng Hao sendiri untuk melawannya. Semuanya bergantung kepada Meng Hao.

Dia berdiri dengan diam sebentar. Seperti yang dikatakan oleh lelaki itu, pilihan untuk percaya atau tidak terpulang kepada dirinya sendiri. Malangnya, jika dia memilih untuk tidak percaya, dia akan menyebabkan urusan ini tidak selesai.

Mata Meng Hao melirik ke arah empat biji pil itu. Tiga daripadanya dia kenal. "Ini... Pil Naga Lipan manakala yang ini Pil Mayat Kejung dan Pil Pengecutan Darah. Pil ini pula… " Tiga pil berwarna daripada Kalam Dewa ialah sesuatu yang belum pernah dia dengar sebelum ini. Maklumat itu tidak ada pada serpihan batu jed kuno.

"Asas Pertapaan Bapa Reliance setinggi Syurga," gumam Meng Hao pada dirinya sendiri. "Dia sepatutnya tahu." Dia mengetap rahangnya lalu mengangkat tangan dan memasukkan salah satu pil ke dalam mulutnya. Pil itu bagaikan mengandungi sesuatu yang hidup di dalamnya dan sudah tentu, Meng Hao berasa sakit yang membakar ketika ia meluncur turun ke kerongkongnya. Namun, rasa sakit itu tidak membuatnya teragak-agak. Matanya merah ketika dia menelan semua pil. Ketika dia menelan pil yang diberikan oleh Kalam Dewa, dia menatap mata lelaki itu.

Kalam Dewa tersenyum sepanjang masa. Meng Hao tidak teragak-agak sama sekali. Dia tahu dia terpaksa menelan pil untuk menghilangkan kecurigaan semua orang.

Sebaik sahaja Pil Kalam Dewa memasuki mulutnya dan ia larut menjadi aura yang meresap ke dalam darah dan dagingnya. Melihat Meng Hao menelan empat pil berturut-turut membuatkan Liu Daoyun berasa cukup puas hati.

Lebih daripada sepuluh Pertapa Pengukuhan Asas melihat Meng Hao dengan raut wajah yang aneh. Melihatkan ketegasannya membuatkan mereka menjadi lebih berwaspada.

Meng Hao menarik nafas dalam. Raut wajahnya serius semasa dia melihat pada pengikut Aneh. Dia tidak berkata apa-apa.

"Jom pergi," kata wanita tua itu dengan sekali angguk. Dia melambaikan jarinya ke arah Meng Hao lalu berubah menjadi pelangi prismatik dan meluncur pergi. Para Pertapa yang ada mengikutinya seorang demi seorang. Gelombang jarinya menyebabkan beg saktinya yang tersadai di tanah berdekatan kaki Meng Hao tiba-tiba berubah menjadi roh kabus yang mengerikan. Kabus itu berkedip saat ia membungkus Meng Hao dan kemudian meletus ke langit.

Liu Daoyun ikut sama sambil menatap Meng Hao dengan senyuman dingin.

"Matilah kamu!" katanya dengan tegas.

Meng Hao tidak membalas. Dia hanya memandang dingin kepada Liu Daoyun.

"Selepas kau membawa Bapa Sekta ke dalam Gua Dewa, aku akan tunggu sampai kau tiba keluar nanti. Kau pasti akan mati. Walaupun kau keluarkan racun itu pun, aku tak akan lepaskan kau. Tak ada tempat kau boleh lari di Negeri Zhao ini. Lagi pula, kau pengikut Sekta Dalaman Reliance yang tidak ada pilihan selain daripada memimpin orang untuk membunuh Bapa Sekta kamu sendiri. Bagaimana rasanya?" Kata-kata jahat Liu Daoyun dipenuhi dengan cemuhan.

"Kau bunuh Sun Hua sebab berebutkan lembing perak. Bagaimana rasanya?" kata Meng Hao dengan dingin sambil menatap Liu Daoyun di bawahnya. Bumi terasa seperti bergerak sangat laju di bawahnya. Kelajuan ini belum pernah dicapai oleh Meng Hao.

Kata-kata Liu Daoyun tidak dipedulikan Meng Hao sama sekali. Tetapi, kata-kata Meng Hao menikamnya bagaikan ditoreh belati. Matanya merah dan dia melihat Meng Hao dengan kebencian yang tidak berkesudahan; dia ingin merobeknya. Kejadian dengan Sun Hua ialah perkara paling memalukan yang pernah berlaku dalam hidupnya. Malah, ia telah merosakkan harapan masa depannya dalam Sekta. Dia telah diketepikan dan tidak dihiraukan lagi. Sekarang, dia berasa sangat marah. Dia mengepalkan penumbuknya dengan kuat ketika dia menatap Meng Hao dengan niat membunuh.

Melihatkan riak wajah Meng Hao yang tidak mengendahkannya, muncul perasaan yang sukar dijelaskan yang membuatkan darahnya mendidih. Dia menumbuk udara dengan tangannya.

Dia termengah-mengah lalu menggertakkan giginya untuk waktu yang lama sebelum berkata, "Kau menelan empat pil racun. Aku hanya perlu tunggu sampai racun itu memberi kesan. Tubuh kau akan membusuk dan aku akan robek hati kau."

"Hari ini, kau akan mati dengan pedang aku," kata Meng Hao bersahaja. Nadanya tidsk kedengaran senang mahupun marah. Dia melihat ke bawah pada gunung tandus yang kelihatan kabur di bawahnya dan kemudian pada empat puncak gunung di Sekta Reliance dari kejauhan.

"Kau bolehlah cakap besar," kata Liu Daoyun sambil ketawa dingin dan wajah yang mencurigakan. Nampaknya dia sama sekali tidak menganggap kata-kata Meng Hao itu serius. "Kau akan buat semua itu sendiri? Aku tak sabar nak tengok bila racun itu mula bertindak!"

Selepas dia selesai bercakap, bunyi letupan kedengaran. Sekumpulan orang telah tiba di dataran utama Sekta Reliance. Ia tandus dan hanya dipenuhi dengan daun yang berguguran, tahi burung dan beberapa binatang yang bertempiaran lari dalam ketakutan.

Angin kencang menyambut ketibaan kumpulan itu lalu menyapu bersih dataran Sekta Luaran. Melihat tempat itu, wajah Meng Hao mempamerkan pelbagai perasaan.

"Apa rasanya melihat Sekta kau jadi seperti ini, Meng Hao?" kata Liu Daoyun dengan nada yang mencemuh. Ketika dia bercakap, Meng Hao berpusing dan memandangnya dengan niat yang membunuh pada matanya. Dia mula bergerak sambil mengangkat tangan dan lima puluh pedang terbang muncul lalu terus terbang menuju Liu Daoyun.

"Aku rasa tempat ini yang paling sesuai untuk menguburkan kau."

Meng Hao tidak memberikan sebarang petunjuk yang dia akan menyerang. Bahkan ketika kata-katanya bergema, pedang sudah sampai pada Liu Daoyun. Riak wajah Lui Daoyun berubah; dia tidak pernah membayangkan Meng Hao akan berani menyerangnya di hadapan semua Bapa Sekta.

Dia bergerak ke belakang dengan cepat lalu menggigit lidahnya dan mengeluarkan darah bersama dengan mutiara. Mutiara ini berbeza daripada khazanah yang pernah dia gunakan sebelum ini. Sebaik sahaja ia terbang keluar dari mulutnya, ia mula memancarkan aura pembunuhan yang pekat. Ia berubah menjadi wajah syaitan hitam yang menyeramkan kemudian menghentam lima puluh pedang terbang Meng Hao.

Satu letupan bergema ketika wajah syaitan itu menghalang sebahagian besar pedang terbang. Namun, sebilah pedang terbang berjaya menembusi serangan tersebut dan terus menuju ke arah Liu Daoyun.

Wajah Liu Daoyun berubah ketika dia tahu dia berada dalam situasi hidup atau mati; saat yang berbahaya. Dia melolong sambil mengangkat lengannya untuk bertahan melawan pedang itu. Pedang itu menikam bahu kanannya lalu darah tersembur keluar. Jeritan ngerinya kedengaran di seluruh Sekta Reliance yang sepi itu.

Walaupun pedang itu menikam bahunya, ia tiba-tiba meletup menyebabkan lengan kanan Liu Daoyun hilang seperti awan berdarah. Darahnya juga tersembur dari mulutnya dan dia berundur ke belakang dengan muka pucat dan mata bersinar ketakutan dan kebingungan.

Semua yang terjadi terlalu cepat, dalam masa yang diperlukan untuk percikan muncul. Lengan kanannya hancur dan teriakan ngerinya masih bergema di udara. Pengikut aneh daripada tiga Sekta besar melihat ke belakang satu demi satu dengan mata yang dingin terutamanya orang daripada Sekta Badai Salju.

Liu Daoyun berundur, menjerit dan melolong.

"Bapa Sekta, dia ini… "

Raut wajah Meng Hao dingin semasa dia melangkah ke hadapan. Walaupun Liu Daoyun sedang mengucapkan sesuatu, Meng Hao melambai tangan kanannya dan seratus pedang terbang muncul lalu melitupi seluruh dataran dengan hujan pedang yang besar dan menyerang Liu Daoyun. Liu Daoyun mungkin berada di tahap kesembilan Pemekatan Qi, begitu juga Meng Hao. Tambahan pula, Pertapaan Meng Hao berasaskan kepada Kitab Suci Rohani dan dia memiliki laut Teras keemasan. Dia juga memiliki Deria Kerohanian dalam fikirannya. Ini lebih dari cukup untuk menghancurkan Liu Daoyun. Pedang hujan bersiul di udara. Liu Daoyun tidak mempunyai waktu lagi untuk bercakap.

Terdapat letupan dan Liu Daoyun meludah keluar lebih banyak darah. Satu cahaya bersinar bergemerlapan di hadapannya ketika pedang kristal menentang kekuatan seratus pedang terbang Meng Hao. Namun, ia sendiri mengundang lebih banyak kecederaan kepada Liu Daoyun yang berundur jauh sambil melolong.

"Bapa Sekta, tolong selamatkan aku!"

"Meng Hao, hentikan perbuatan kamu ini!" Suara tersebut datang daripada salah seorang ahli Pengukuhan Pembentukan Sekta Badai Salju. Mereka mengerutkan kening; jelas sekali tidak mahu membiarkan Meng Hao membunuh Liu Daoyun di hadapan semua orang. Tubuh mereka berubah menjadi sinar cahaya ketika mereka meluncur ke depan.

"Ini antara aku dan dia," kata Meng Hao tanpa melihat ke arah keempat-empat orang ahli Pengukuhan Asas. "Jika racun itu mula berkesan pada aku sekarang, aku akan membunuh dia!" Wajahnya penuh dengan pembunuhan dan keteguhan hati.

Orang yang dia mahu bunuh ialah Liu Daoyun daripada Sekta Badai Salju, tetapi orang yang hadir bukan sahaja daripada Sekta itu malahan terdapat juga daripada tiga Sekta besar. Mereka tentu sahaja tidak akan berpeluk tubuh melihat Meng Hao diracun sampai mati sebelum pembukaan Gua Dewa. Mereka tidak akan membiarkan hal-hal kecil daripada Sekta lain mengganggu kepentingan mereka.

Yang lain terbang ke hadapan untuk menghalang pakar Pengukuhan Asas Sekta Badai Salju.

"Rakan Tao Zhang tidak perlu memberikan perhatian kepada hal yang remeh-temeh tentang Pertapa Pemekatan Qi. Mari, kita dah bertahun-tahun tak jumpa. Apa kata kita berbual sedikit tentang masa lalu?"

"Betul itu. Abang Chen, kita dah tiga tahun tak berjumpa. Aku ada beberapa pertanyaan tentang Pertapaan yang aku ingin bincangkan dengan kamu." Wajah empat orang Pertapa Pengukuhan Asas Sekta Badai Salju menjadi pucat ketika mereka mendengar semua kata-kata ini. Sewaktu mereka hendak bercakap, tiba-tiba Liu Daoyun menjerit ngeri sekali lagi.

Jari-jemari Meng Hao meliang-liuk dalam pola mantera dan dua ratus pedang terbang memenuhi langit. Mereka bergerak menyerang Liu Daoyun dengan siulan yang menusuk telinga. Meng Hao mengambil langkah ke hadapan dan memancarkan pola mantera. Seekor Ular Sawa Berapi muncul dengan kepanjangan beberapa puluh meter. Raungannya bergema di sepanjang dataran. Darah menyembur keluar dari mulut Liu Daoyun ketika pedang kristalnya hancur berkeping-keping. Dia terus-menerus berundur ke belakang, matanya dipenuhi dengan perasaan terdesak dan putus asa.

Mata Meng Hao pula bersinar dengan niat dan keazaman untuk membunuhnya. Meng Hao terbang ke hadapan dan pedang muncul di tangan kanannya. Itulah pedang kayu dan dia memecut ke arah Liu Daoyun dengan kekuatan yang tak boleh dihentikan.

"Berambuslah kamu!" Wajah tiga orang pakar Pengukuhan Asas berubah. Mereka bertempik dan cuba untuk menghalang Meng Hao.

"Lelaki ini berkali-kali cuba membunuh aku. Ini dendam peribadi. Jika ada yang menghalang aku, aku akan bunuh diri sebelum membuka Gua Dewa Bapa Reliance!" Ketika suaranya kedengaran, dia sudah tidak mengendahkan keempat-empat pakar Pengukuhan Asas itu. Tanpa sekelumit keraguan, dia menembak ke arah Liu Daoyun lalu pedang kayu terhulur jelas dengan niat untuk membunuh musuhnya.

"Bapa Sekta, selamatkan aku!!" teriak Liu Daoyun dengan nyaring. Apabila pakar Pengukuhan Asas hendak mula menyerang, wanita tua tersebut batuk kering. Kejutan mengisi jantung mereka dan dengan serta merta mereka berdiri membisu dengan wajah yang pucat. Batuk kering tersebut telah menghentam jantung mereka seperti halilintar dari Syurga membuatkan fikiran mereka berpusing.

"Ini dah melampau!" kata lelaki tua berwajah merah daripada Sekta Badai Salju. Dia mendengus dan tatapan dingin muncul di matanya yang seterusnya dipanah tepat ke arah Meng Hao. Ketika hal ini terjadi, Kalam Dewa ketawa terbahak-bahak. Dia menjentikkan lengan bajunya lalu pandangan dingin yang telah dihalakan ke arah Meng Hao terus hancur berkecai.

"Kamu!" kata lelaki tua bermuka merah itu. Matanya dipenuhi dengan perasaan marah yang membuak-buak.


next chapter
Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C79
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login