Download App
38.09% Dia Imam Mudaku! / Chapter 8: Bab 8

Chapter 8: Bab 8

Wajah Zahra sememangnya sudah merah, menahan malu dan marah sementara Cikgu Zul, Ustaz Khairul dan Ustazah Maznah mengelengkan kepala.

"Apa yang telah kamu lakukan Zahra? Kenapa awak membuat sebegitu dekat Nazirah?" soal Cikgu Zul dengan nada marah yang sudah tidak dapat ditahankan dari tadi.

"Nazirah.. Kamu pergi ke kelas.. Kami tidak akan menghukum kamu," kata Ustaz Khairul. Aku mengangguk akan kata-kata Ustaz Khairul dan meminta diri ke kelas. Ramai juga memandangku seakan-akan mahu mengumpat tentangku. Aku menghiraukan mereka dan melangkah ke kelasku yang sudah memulakan pelajaran.

------------------------------------------------

Waktu rehat

"Wey Naz.. Apa jadi? Kau kena hukum ke?" soal Laila dengah kerisauan.

"Tak kena hukum pun.. Aku bilang cikgu apa yang jadi sebelum ni sampai apa aku buat kat Zahra tu jer," balasku dengan tenang dan tidak mahu membesarkan perkara tersebut.

"Ouhh.. Jom ah kita pergi canteen.. Perut tengah lapar doh," ajak Laila sambil mengusap perutnya.

"Alololo.. Ciannya kawan aku ni.. Dah kelaparan ye? Jom gi makan," kataku.

*************

Keesokan hari, sewaktu Mathematik dan guru Mathematik tidak akan masuk kerana mempunyai kursus selama dua hari. Di kelasku, ada diantara kawan-kawan sedang mengulangkaji, melakukan kerja rumah mahupun bersama kawan masing-masing untuk berbual. Aku dan Laila sedang mengulangkaji seperti biasa sementara yang lain sedang membuat bising. Tiba-tiba, seseorang menepuk mejaku dengan kuat.

"Kau memang sengajakan?" katanya dengan kuat.

"Sengaja apa? Sengaja bilang cikgu tentang kisah sebenar? Bukan ke itu fakta dan hakikat?" balasku selamba.

Zahra, dengan perasan marah, menarik rambutku dengan kuat. Aku mengadu kesakitan sementara ada yang panik dan ada yang suka akan situasi itu. Laila dengan segera menyuruh seorang pelajar kelasku untuk memanggil seorang guru ke mari sementara dia cuba sedaya upayanya untuk menolongku. Aku menggenggam tangan Zahra dengan kuat akibat tidak tahan kesakitan. Zahra, yang terasa sakit di tangan, melepas genggamannya di rambutku dan menolakku jatuh kerusiku. Laila segera menolongku bangun dari kejatuhanku tetapi gagal.

"Zahra!! Apa yang telah kamu lakukan?!"

Cikgu Zul dan Cikgu Khairul melangkah masuk ke dalam kelas bersama Isyraf dan pelajar yang memanggilnya. Zahra, yang melihat Cikgu Zul, sedang menggigil.

"Apa yang saya buat Cikgu? Dia yang jatuh sendiri?" balas Zahra sambil mencuba untuk melepaskan diri dari situasi itu. Aku, yang mendengar kata-katanya, sudah panas hati tetapi disabarkan juga kerana kesakitan di kakiku. Isyraf ternampak aku dalam kesakitan dan cuba untuk periksa kesakitan di kakiku.

"Abah.. Nazirah tidak dapat bergerak kerana kaki dia ada blue-black. Cuba ayah periksa," kata Isyraf kepada Cikgu Khairul. Cikgu Khairul melihat kakiku dan seperti sedang berbisik kepada dirinya sebelum memandangku dan Zahra bersilih ganti.

"Laila.. Benarkah apa yang Zahra katakan itu?" soal Cikgu Khairul kepada Laila.

Laila menganggukkan kepalanya manakala Farah, yang berada jauh dariku, memandangku dengan pandangan kasihan dan ingin menolong tetapi tidak dapat membuat apa-apa. Zahra tahu bahawa dia akan dihukum dengan lebih teruk daripada apa yang dihukumnya tadi.

"Nazirah.. Kamu boleh bergerak ke tidak?" soal Cikgu Zul.

Aku cuba untuk berdiri dengan bantuan Laila tetapi gagal. Perbuatan itu telah menjawab soalan Cikgu Zul. Cikgu Khairul memandang Isyraf. Isyraf perasan dan seakan-akan faham akan pandangan abahnya. Cikgu Khairul sekadar mengangguk kepalanya tanda membenarkan Isyraf yang memahami pandangannya itu. Aku, yang sedang cuba berdiri itu, terasa badanku seperti diangkat dan berasa terkejut apabila mendapat tahu Isyraf mendukung aku. Isyraf, dengan selambanya, membawaku ke bilik rawatan bersama Laila. Zahra pula dibawa ke bilik disiplin untuk dihukum dengan lebih teruk.

--------------------

Di bilik rawatan

"Assalamualaikum Ustazah Maznah. Kaki Nazirah ada blueblack.. Ustazah Maznah ada masa kelapangan tak untuk tolong rawat kaki dia?" soal Isyraf dengan tenang sambil melangkah ke sebuah katil dan meletakku di atas katil itu.

"Waalaikumsalam.. Ya Allahh ..Apa terjadi? Boleh ajer," balas Ustazah Maznah. Laila menerangkan apa yang terjadi manakala aku menyampuk sekali-sekala. Isyraf dan Ustazah Maznah mendengar apa yang dikatakan Laila tanpa menyampuk. Ustazah Maznah menggelengkan kepala akan perbuatan Zahra.

'Apa nak terjadi dengan Zahra tu? Bila lah nak berubah,' bisik hati Ustazah Maznah.

"Nazirah.. Esok kamu tak perlu datang ke sekolah.. Rehatkan kaki kamu dan kalau boleh, jangan banyak bergerak agar dapat cepat sembuh," kata Ustazah Maznah seperti seorang doktor merawat pesakitnya.

Aku menganggukkan kepalaku dan berterima kasih kepada Ustazah Maznah, yang telah merawatku, dan Isyraf, yang telah menolong membawaku ke bilik rawatan. Aku dibenarkan beristirehat di dalam bilik rawatan sementara menunggu waktu sekolah tamat kerana tinggal beberapa minit.

************

Hari telah berlalu dan kaki aku cepat sembuh.. Alhamdulilah, aku dapat menampung pelajaran yang tertanggung dengan bantuan Laila dan beberapa pelajar yang rapat denganku serta Isyraf. Zahra dihukum, penggantungan dari sekolah. Malam ini, keluargaku dijemput untuk ke rumah Ustaz Khairul. Aku ditugaskan untuk membawa kek yang dibeli oleh Isyraf.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam.. Jemput masuk, Kader, Sufian dan Rusyaidi," tegur Ustaz Khairul. Abah, along dan angah pergi ke ruang tamu setelah bersalaman dengan Ustaz Khairul manakala aku dan umi pergi menolong apa yang patut setelah bersalaman dengan Puan Zulaikha. Aku sempat memberi sekotak kek, yang diorder oleh Isyraf minggu lalu, kepada Ustaz Khairul.

"Terima kasih ya Nazirah.. Buat susah-susah sahaja," tegur Ustaz Khairul apabila kotak kek itu bertukar tangan.

"Tak susah mana pun Ustaz," balasku dengan sopan. Sambutan hari jadi Puan Zulaikha berjalan dengan lancar. Umi dan abah sedang borak-borak dengan Puan Zulaikha dan Ustaz Khairul manakala abang-abangku sedang berbual dengan para lelaki sebaya mereka. Aku ternampak Isyraf sedang borak dengan seorang gadis. Rupanya cantik, tinggi sedikit dariku dan pakai baju kurung berwarna merah jambu serta tudung hitam.

'Kalau nak dibandingkan, dia lagi cantik. Asal tak pilih dia sebagai calon menantu? Kenapa aku?' soalku di dalam hati dengan penuh keliru. Dia berbual mesra sangat dengan gadis itu. Tanpaku sedari, aku mula berfikir bahawa Isyraf mempunyai calon sendiri.

Setiap kali Isyraf menghampiriku, aku cuba untuk mengelak darinya. Aku tidak tahu kenapa aku membuat sedemikian. Tiba-tiba, seseorang melanggarku sehinggakan aku terjatuh. Rupa-rupanya, gadis, yang berbual mesra dengan Isyraf, telah melanggarku.

"Maaf, saya tidak sengaja.. Awak tidak apa-apa kah?" soalnya.

"Tak apa.. Saya pun bersalah kerana jalan sambil memandang bawah," balasku dengan baik.

"Mari saya tolong," katanya. Aku membiarkannya menolongku dan tidak sangka, kami boleh berbual seperti sudah lama berkawan.

"Nama saya Aisyah.. Awak pula?"

"Saya Nazirah." Setelah sesi berkenalan, keadaan menjadi sunyi dan tidak seorang pun membuka mulut masing-masing.

"Nazirah? Awaklah orang bertuah yang menjadi calon isteri Isyraf bukan?" soal Aisyah untuk memecah kesunyian antara kami.

"Awak tahu tentang perkara itu?" balasku dengan soalan dan keliru. Sebelum Aisyah sempat membalas kata-kataku, seseorang menegur Aisyah. Aku dan Aisyah memandang orang itu dengan serentak.

"Aisyah," tegur Isyraf dan sambung kata-katanya, "Ibu bapa awak mencari awak."

Aisyah mengangguk dan meminta diri untuk bertemu ibu dan ayahnya. Dia sempat memberi nombor telefonnya kepadaku. Isyraf memandangku seperti aku telah melakukan kesilapan besar dan seperti biasa, aku akan cuba mengelak darinya.

"Nazirah. Kenapa awak cuba mengelak dari berjumpa dengan saya? Saya ada buat kesilapan ke?" soal Isyraf.

"Tidak, awak tak buat sebarang kesilapan.. Cuma saya rasa, saya perlukan masa untuk menerima semua yang telah berlaku. Harap awak faham dan saya minta diri dulu ya. Assalamualaikum," balasku dengan tenang. Aku melangkah ke Puan Zalikha untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi tetapi ditangguhkan sekejap kerana dia sedang berbual dengan tetamunya yang lain.

TBC


Load failed, please RETRY

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C8
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login