Download App
23.07% Aku Redha / Chapter 3: Bab Tiga_Kesilapan Pertama

Chapter 3: Bab Tiga_Kesilapan Pertama

Sampai sahaja kami di perkarangan rumah, Abg Am telah menunggu kepulangan Dato di muka pintu. Dengan wajahnya yg tiada mood turun mendekati Dato yg baru keluar dari perut kereta.

"Mama ke mana? Lama Am tunggu mama." Dato hanya menjeling.

"Hai, Am pergi mana-mana, mama tak pernah tanya pun. Kenapa mama nak keluar jalan-jalan dengan anak-anak mama tak boleh?" jawapan Dato membuatkan Am bertambah pelik.

"anak mama? Lia je pun anak mama. Takkan la mama dah anggap anak tumpang tu, anak mama juga?" pintu kereta di tutup. Pak cik Sani membuka bonet belakang kereta Dato. Mata Am terus terlihat ke arah barang yg banyak dalam bonet kereta itu. "Ni semua barang-barang ni dia yg suruh belikan kan? Dasar mata duitan! Kau tak sedar ke kau tu menumpang je kat sini. Satu hari nanti kau akan angkat kaki juga keluar dari sini. Sedarlah diri sikit!" tiba-tiba Abg Am mula meninggikan suara dan menunjukkan jari telunjuknya kearahku. Kata-kata Am menaikkan kemarahan Dato.

"Dia tak akan pergi mana-mana. Mulai dari hari ini Dee pun anak mama juga. Tak ada siapa yg akan halau dia keluar dari sini. Ni rumah dia juga. Ingat tu, Am!" Dato melangkah masuk ke dalam. Aku dan Alia mengikuti jejak Dato. Aku tidak mampu melihat wajahnya yg tengah marah dan berang tu. Ketika itu baru aku sedar, yg semua barang aku masih ada di dalam kereta. Bila aku mahu patah kebelakang, Alia meminta beberapa orang gaji nya mengangkat semua barangku masuk ke dalam bilik. Apabila semua mengangkat barang-barangku, mereka mula melepak dalam bilik aku. Semua mahu melihat barang-barang yg aku beli tadi. Ada yg jd penonton dan ada juga yg jadi pengomen.

"cantiknya beg Dee. Mesti mahal kan?" salah seorang bertanya. Aku hanya mengangkat bahu.

"tak tahulah. Dee tak pilih pun. Semua ni, Dato dengan Alia yg pilih. Dee tak pandai nak pilih atau beli barang-barang macam ni. Masa Dee kat rumah anak yatim dulu, Dee dapat kalau orang bagi je. Dee ambil jelah. Kat sana Dee tak boleh nak memilih. Kalau memilih nanti tak dapat merasa la." mereka sempat juga ketawa dan mengomen-ngomen dengan setiap kata-kataku. Dari jauh rupanya abg Am telah memerhati dan mendengar hilai tawa orang-orang gajinya dalam bilikku. Ketidakpuasan hatinya tadi, membuatkan kaki dia terus melangkah ke arah bilikku dan membuka luas pintu bilik. Kedatangannya itu mengejutkan semua pekerja yg berada di situ, menyebabkan mereka bangun dan menundukkan kepala mereka. Tangan dan mulut mereka seolah-olah dikunci. Am melihat semua wajah-wajah pekerjanya dengan perasaan marah. Ketika itu juga dia ternampak kesemua barangku yg berada di atas katilku.

"kau jangan ingat aku tak tahu rancangan kau yg sebenarnya! Budak macam kau ni sebenarnya nak duit je kan? Kalau kau nak sangat, aku boleh bagi kau duit. Tapi kau keluar dari rumah ni. Jangan tunjuk muka kau kat sini. Disebabkan kau, mama benci tengok muka aku ni. Kau tau tak!" dia mula merapati wajahnya ke hadapan mukaku dan menengking tepat di depan wajahku. Mereka semua tidak berani bersuara apabila Am mula menengking. Tapi salah seorang orang gaji yg ada disitu cuba curi-curi keluar dan cuba memanggil Dato dan Alia datang melihat keadaan ku. Aku tidak mampu utk bersuara. Aku sedar dengan kedudukanku di dalam rumah itu. Aku tidak mahu mereka anggap aku ini budak yg kurang ajar. Setiap kata-kata yg Am lontarkan padaku, aku hanya tunduk diam membisu. Aku tidak mahu menambahkan lagi marahnya. Cukuplah sekadar dia sahaja yg marah. Aku hanya pendam. Lama juga kami di maki hamun, dalam beberapa minit selepas itu barulah Alia dan Dato tiba di depan muka pintu bilikku. Dato menarik Am keluar dari bilikku dan semua pekerja Dato pergi meninggalkan bilikku. Hanya aku dan Alia sahaja yg tinggal di dalam bilik itu. Aku terduduk di birai katilku dan ketika itulah Alia mula mendekatiku.

"are u ok, Dee?" dia memerhati gerak geriku. Aku hanya mampu tersenyum.

" Aku okay je. Tak ada apa-apalah, jangan risau."

"Aku tahu kau sakit, tapi aku harap kau kuat dan bertahan. Aku tahu abg masih tak dapt terima kehadiran kau tapi kau jangan risau ok? Aku dengan mama akan sentiasa ada utk kau. Kalau ada apa-apa aku akan cuba bantu kau." dia memegang tanganku dan mula memelukku. Aku menerima dakapan yg hangat dari Alia. Dakapan itu menyejukkan hati aku. Kalau boleh aku tidak mahu buat Alia dan Dato risau lagi. Jadi aku cuba tukar topik.

"Lia,boleh ajar Dee guna telefon ni tak? Dee tak pandai nak guna fon macam ni. Selalu nya Dee guna telefon public je kalau nak call." Alia ketawa. Dia mengambil telefon itu dan membukakannya utk aku. Dia mengajarkan aku satu persatu hingga aku pandai menggunakannya.

Keputusan Spm keluar, pagi itu aku minta izin Dato utk keluar mengambil result sambil berjumpa dengan semua kawan-kawan sekolahku. Alia juga tidak dapat menemaniku kerana dia juga ada urusan. Selepas pakcik Sani menghantar aku di sekolah, pakcik Sani perlu menghantar Dato ke pejabat. Aku tidak kisah di tinggalkan kerana sempat lah juga aku dapat berjumpa dengan adik-adik dan Kak Liza di rumah anak yatim tu.Lama tidak bertemu, Kak Liza dan adik-adik merindui gelak tawaku. Mereka amat seronok berjumpa denganku hingga aku tidak sedar yg hari sudah pun petang. Aku cuba menghubungi pakcik Sani, tapi tidak ada jawapan. Aku tidak terus menghubungi Dato dan Alia kerana tidak mahu menyusahkan mereka. Jadi aku buat keputusan utk balik sendiri. Aku cuba belajar menggunakan aplikasi 'Grabcar'. Sampai di rumah, barulah aku dapat tahu. Tiada siapa pun dirumah. Dato ada urusan mungkin balik lambat dan Alia pula tidur rumah kawan malam itu. Am pula tak payah cakap la. Tak tahu dan aku tidak mahu tahu dia ke mana. Makan malam itu hanya aku seorang. Jadi aku hanya makan di ruang dapur bersama pekerja-pekerja Dato. Makanan pun makan yg simple sahaja. Hanya makan nasi putih, berlaukan ikan goreng, ulam-ulaman dan sambal belacan. Selepas makan, aku terus masuk ke bilik dan terlelap. Dalam pukul 2 pagi, aku terdengar bunyi tapak kaki melalui bilik aku. Perlahan aku membuka kecil pintu bilikku. Sorang perempuan mengusung Am hingga masuk ke dalam biliknya. Selepas beberapa minit, perempuan itu keluar dari bilik Am dan terus menuju ke arah pintu utama. Setelah memastikan perempuan itu keluar dari rumah, aku terus masuk semula ke dalam bilikku dan sambung semula tidurku. Dalam pukul 6, aku tersedar. Aku berada di dalam bilik lain. Di sebelah aku, Am tidur tanpa pakaian. Aku terkejut. Apabila aku terkejut, Am juga turut terkejut melihat aku di dalam biliknya tanpa pakaian juga. Air mata aku tiba-tiba mengalir. "apa yang dah jadi ni?" aku terpinga-pinga. Bau arak kuat menusuk hidungku. Rupanya bau itu datang dari baju Am yg berdekatan dengan aku. Am juga terkejut melihat aku di situ dan dia menutup mulutku supaya tidak menjerit. Bau yg kuat dari tangannya membuatkan aku mahu muntah dan aku terus menepis tangannya dan menarik selimut berlari ke dalam bilik air. Bila aku keluar, Am sudah pun memakai seluar pendek dan cadar katil itu dipenuhi dengan darah. Kali ini aku tidak dapat membendung lagi tangisan aku. Kaki ku terus rebah ke lantai dan menangis. Am terus menuju ke arahku dan memegang bahu ku.

"Aku minta maaf. Aku tak sedar apa yang aku dah buat dan apa yang berlaku. Tapi tolong rahsiakan perkara ni. Kau tak nak mama dengan Lia tahu pasal benda ni kan? Pastikan mulut kau diam." Dia terus masuk ke dalam bilik air. Aku mencari dan memakai semula pakaian ku. Dengan perlahan, aku keluar dari bilik Am dan terus menuju ke arah bilik aku. Mungkin waktu itu masih gelap dan semua masih lena dibuai mimpi. Ketika itulah juga aku meminta keampunan dari Ilahi. Kesalahan besar sudah terjadi pada diriku. Aku tidak mahu mengulanginya lagi. Aku harap selepas ni Am tidak akan berjumpa dengan aku lagi. Aku akan pastikan kami tidak akan bertemu.


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C3
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login