Download App
6.25% Hikayat 6 wira bersaudara / Chapter 1: Kembali ke masa lampau.
Hikayat 6 wira bersaudara Hikayat 6 wira bersaudara original

Hikayat 6 wira bersaudara

Author: linchufeng

© WebNovel

Chapter 1: Kembali ke masa lampau.

Setelah Sofian jatuh koma, lama rasa rohnya terumbang-ambing diluar jasadnya, dia melihat kecederaan yang dia alami tersangat kritikal sehingga dibantu dengan alat bantuan pernafasan, wayar terlihat berselirat diatas jasadnya, dia hanya mampu mengeluh melihat kecederaan yang dialaminya bukan ringan dan kini jasadnya kaku diatas katil wad.

Pada saat itu dia tidak berfikir apa, rohnya melayang mengikut angin yang bertiup didalam hospital berkenaan tapi tidak disangka berlaku satu perkara yang tidak sofian duga, rohnya ibarat disedut lohong hitam dengan laju rohnya melayang ke suatu tempat diluar bangunan hospital ketika itu berlaku gerhana matahari membuat orang ramai yang berada diluar memandang ke arah yang sama iaitu gerhana matahari yang kian gelap ibarat matahari ditelan bulan tetapi roh sofian semakin pantas bergerak kearah gerhana matahari tersebut, "ish...kenapa pula aku kena sedut tiba-tiba ni, dan...dan...pula gerhana matahari...." sofian memandang terus ke arah gerhana tersebut waktu itu seluruh kawasan sudah mula gelap hasil dari bayangan gerhana tersebut, roh sofian masih laju meluru kearah gerhana taktala itu juga dia terlihat suatu lubang hitam sebesar bola tenis muncul dihadapannya dia terus disedut dan hilang dari dunia daripada tahun 2019, bulan september hari ke 13.

"Ish...kat mana ni...adoi!...." sofian lantas bangun dari pembaringannya, dia melihat sekeliling, terkejut kerana kini dia dikelilingi hutan tebal. Pada saat itu kepalanya sakit, secara tiba-tiba memori asing memasuki mindanya dia berguling menahan kesakitan kerana maklumat yang datang mendadak dan banyak setelah 15 minit berhempas pulas menahan kesakitan barulah dia merasa lega dia kini beransur-ansur pulih secara perlahan-lahan. Dia bangkit dan duduk memeriksa tubuhnya, tapi dia terkejut apabila melihat yang tangannya sangat kecil seperti tangan kanak-kanak 8 tahun, dia terus berlari mencari anak sungai dan melihat bayangnya di anak sungai tersebut, terkejut dengan wajah muda kanak-kanak dengan kulit sawo matang, rambut panjang mencecah bahu, kain terlilit dikepala, pakaian lusuh hanya menutupi bahagian tepi dada kanan dan kiri mencecah ke pinggang, seluar singkat mencecah bawah lutut...tanpa capal menyarungi kaki...sofian terkejut sungguh terkejut, setelah sakit dikepalanya sembuh dia sudah mengingati tubuh siapa yang dia diami, budak ini namanya hang nadim, 8 tahun anak pada seorang pemburu yang lebih dikenali dikalangan penduduk sebagai Pak busu, kulitnya agak hitam hasil terlalu kerap berjemur ditengah panas dalam memburu binatang untuk dijadikan sumber makanan buat keluarga. Ibunya seorang suri rumah segala urusan ibunya uruskan dari menguruskan makan minum anaknya sehinggalah basuhan baju keluarganya. (Sofian) yang kini Hang Nadim terkejut, dia berada dizaman yang lampau jauh dari zaman moden yang dia tinggal sebelum ini, udaranya segar tiada pencemaran, sungainya bersih, jernih tanpa dicemari sisa sampah mahupun toksik. Dalam hatinya gundah gulana kerana pengalaman yang dia alami ini dia tidak tahu bagaimana mahu hadapinya kerana ini adalah kali pertama dia menghadapi situasi seperti ini.

Sofian pulang kerumahnya ( hang nadim) mengikut memori yang dia dapat dari hang nadim dia menyusuri jalan hutan seperti hutan itu ibarat dicelah giginya, mudah sahaja dia pulang ke perkampungan tempat dimana hang nadim tinggal, setibanya dia dipondok kecil hang nadim tinggal bersama ibu dan bapanya, ibunya segera bergegas kearah Hang Nadim, "ya tuhan...kemana kau nak, mak penat mencari kau...kemana kau hilang nak?", "ya tuhan kenapa ni Nadim, apa dah jadi dengan kau ni, abangnya!....abangnya!"...jerit mak piah memanggil suaminya Pak busu. " Hah!, kamu dah kenapa piah terjerit terlolong macam serigala kelaparan dah kenapa kamu ni?", tanya Pak Busu pada Mak Piah, "abang tengoklah anak kita ni Nadim, kenapa mukanya pucat ni?", tanya mak piah dalam esakkan tangisnya, Sedih melihat keadaan anak tunggalnya Hang Nadim.

Bapanya tenang memeriksa tubuh anaknya dan terkejut melihat kesan gigitan ular berada di pergelangan kaki kiri Hang Nadim, lalu dia bergegas mendukung Hang Nadim dan berlari kearah sebuah rumah ditengah-tengah perkampungan tersebut. "Tok ipin!....tok ipin!....tok ipin!.....tolong saya....anak saya dipatuk ular berbisa....tangis Pak busu kearah rumah yang sederhana besar. Sofian mula keliru, mengapa pula orang tua ni tergesa-gesa berlari minta pertolongan pula, sofian tunduk memeriksa kakinya dan kini baru dia sedar yang kakinya sudah bengkak seperti saiz bola takraw dan terlihat 2 lubang kecil kesan gigitan ular. Tapi dia merasa hairan kenapa dia tidak merasa sakit apabila berjalan pulang kerumahnya. Tiba-tiba terdengar suara garau dari dalam rumah, " bawa anakmu naik Busu, biar aku lihat kecederaan anak kamu itu". Pak busu bergegas memanjat tangga rumah dukun ipin lalu Nadim diletakkan diatas tikar mengkuang, segeralah dukun ipin memeriksa kaki Hang Nadim dia menunjukkan reaksi terkejut dengan keadaan kaki Hang Nadim, pergelangan kaki dilihat ditukar pandangannya memandang tepat ke Hang Nadim, berlaku sebanyak 3 kali terlihat diraut wajahnya seperti tidak percaya, tidak percaya sepatutnya hasil patukan ular berbisa Hang Nadim sudah mati dalam beberapa saat selepas dipatuk, ini hang nadim pulang rumah seperti biasa tiada tanda kesakitan cuma wajahnya sahaja yang kelihatan sangat pucat, dukun ipin sungguh musykil melihat keadaan seperti ini, dia mengambil daun tembakau lalu dikunyah hancur diambil beberapa bahan-bahan lain lalu digaul ditangannya dan dia menyapu ditempat patukan yang kini membengkak selesai disapu dia menunggu untuk melihat apa yang terjadi, selepas disapu ubat..terlihat bengkak dikaki hang nadim menyurut dan pada masa yang sama cecair kuning kehijauan keluar bersama darah dan air bisa meleleh dari lubang gigitan ular tersebut, tok ipin mengambil kain lalu menyapu kesan lelehan dari kaki nadim dan menyapu tembakau yang sudah dia kunyah lumat dan menyapunya dilubang patukan tersebut, sofian agak terkejut dengan kemujaraban ubat yang diberi oleh dukun ipin. "Aku sungguh musykil melihat perihal anak kamu ini Busu, sepatutnya anak kamu ini sudah mati kesan patukan ular ini, ular yang mematuknya juga bukan sebarangan bisanya tapi aku sungguh tidak duga yang anak kamu mampu kembali ke rumah tanpa menujukkan rasa sakit". Dia memandang ke arah Hang Nadim, dengan janggut putih panjang mencecah ke dada misai lebat tajam bucunya mengadap ke atas, dengan matanya dia cuba untuk melihat reaksi Hang Nadim tapi dia tidak bisa mengagak tuah apa yang Hang Nadim dapat. " Nadim masa kamu dipatuk ular kamu ingat apa apa"? sofian hanya menggelengkan kepala lalu berkata, "Tok, Nadim tak ingat apa-apa kerana masa itu Nadim sudah tidak sedarkan diri, Nadim cuma tersedar pada waktu petang Nadim bangun terus balik kerumah". Tok ipin cuma tersenyum pada Hang Nadim tidak tahu nak kata apa..." tidak mengapalah nadim, kamu balik dengan bapa kamu berehat ya". Tok ipin mengusap-ngusap janggut putihnya memikir apakah kelebihan Nadim sehingga kebal dengan bisa ular, dia hanya mengelengkan kepalanya tidak tahu akan apa yang berlaku. Setibanya dirumah, Nadim terus dipeluk cium oleh ibunya, Pak Busu menerangkan segala-galanya pada Mak Piah, Mak Piah menangis teresak-esak memeluk erat Hang Nadim, " Jangan kau tinggalkan mak Nadim, kau lah satu-satunya anak mak, anak kesayangan mak jangan kau buat begitu lagi", tangis mak esah. Nadim cuma mendiamkan diri sahaja, seumur hidup Sofian tidak pernah merasa kasih saya seorang ibu dan juga bapa, sejak bayi dia sudah berada dirumah anak yatim tanpa mengetahui siapa bapa dan siapa ibunya. Jadi reaksinya agak hambar bila dia merasa kasih sayang seorang wanita iaitu seseorang yang bergelar ibu kepada dan air mata seorang bapa yang mengambil kisah dan mengambil berat terhadap Hang Nadim, dia tidak tahu untuk menujukkan reaksi apa tapi tidak semena-mena dia merasa pipinya basah dibasahi air mata yang keluar meleleh tanpa diduga. "Perasaan apa ini? aku tak pernah merasa keadaan seperti ini, adakah ini rasanya mempunyai seorang ibu dan bapa, sofian* tersenyum dalam tangis kegembiraan dapat merasa kasih sayang seseorang bergelar ibu dan bapa, walaupun mereka bukan ibu dan bapanya dia berazam didalam hatinya," jangan kau risau Nadim, ibu dan bapa kau akan aku jaga dengan nyawa aku, pergilah dengan aman wahai nadim". Kata sofian pada suatu entiti yang hidup jauh didalam tubuhnya itu setelah mendengar janji dari sofian entiti itu perlahan-lahan hilang dari sudut tubuh sofian yang baru.

Sudah seminggu sofian hidup dikurun 15 sebuah kampung yang digelar kampung durian kembar, sofian pun tidak tahu kenapa kampung ini dipanggil begitu, mengikut cerita dari ayahnya Pak Busu yang moyangnya dulu menjarah hutan untuk dibina penempatan tempat tinggal saat mahu membersihkan kawasan dan menebang pokok didapati banyak pohok durian liar yang buahnya semuanya mempunyai kembar dengan 2 tangkai, dari situlah nama kampung durian kembar dapat nama, bila sofian mendengar kisah itu dari bapanya dia hanya menggelengkan kepala dan ketawa kecil, kelakar mendengar cerita dari bapanya. Setelah seminggu hidup dizaman lain sofian kini sudah terbiasa dengan kehidupan disini cuma sikapnya agak jauh berbeza dengan kanak-kanak sebaya sepertinya, Hang Nadim(sofian) lebih matang dalam menguruskan kehidupannya membuat ibu dan bapanya tercengang melihat perubahan anaknya yang kini tidak lagi banyak bergaul dengan kanak-kanak sebayanya bermain mahupun berjalan kedalam hutan, dia lebih banyak menghabiskan masa membantu ibunya dengan senyuman yang tak pernah luntur dari wajahnya membuat ibunya merasa pelik dengan perubahan drastik anaknya itu.

Hari itu Nadim seperti biasa duduk diberanda pondok kecilnya itu melihat suasana diluar pondok yang kini hujan, selebat lebatnya, dia hanya memandang sahaja kanak-kanak sebayanya bermain hujan dia hanya tersenyum sambil bersandar didinding pondoknya terhibur melihat latah kanak-kanak bermain hujan, tiba-tiba terdengar suara seakan-akan "bunyi robotik" berbicara didalam mindanya membuat dia terkejut,

Asimilasi sistem sedang beroperasi

35%.....

55%....

67%.....

79%...

88%...

99%...

100%....

Sistem S19 berjaya bergabung dengan pengguna baru.

Nama asal : Sofian abdullah

Nama Sekarang : Hang Nadim Bin Busu

Umur: 8 tahun

Exp: 0/100

(STR)Kekuatan: 5

(DEX)Ketangkasan: 2

(AGI)Kepantasan: 2

(VIT)Daya Hidup: 5

(INT)Stamina: 3

(LUC)Tuah: 1

Huh"? apa ni...


Load failed, please RETRY

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

Batch unlock chapters

Table of Contents

Display Options

Background

Font

Size

Chapter comments

Write a review Reading Status: C1
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews
Vote with Power Stone
Rank NO.-- Power Ranking
Stone -- Power Stone
Report inappropriate content
error Tip

Report abuse

Paragraph comments

Login