Download App
7.32% NAGA PUSAR / Chapter 59: Sekawanan Serigala (Bahagian 1)

Chapter 59: Sekawanan Serigala (Bahagian 1)

Editor: EndlessFantasy Translation

Masih dalam keadaan bersila, tiba-tiba mata Linley terbuka luas. Dia segera melihat ke arah selatan. Tetapi tiada apa-apa di sana melainkan rumpunan pokok-pokok menjalar dan pokok-pokok rotan. Ini merupakan salah satu sebab mengapa Linley memilih kawasan ini untuk berehat. Dengan adanya banyak pokok-pokok besar di sekelilingnya, makhluk ajaib yang berhampiran mungkin tidak akan menyedari kehadirannya.

'Dua ekor makhluk ajaib berada berhampiran aku. Pada ketika ini, ia berada sekitar empat puluh kilometer atau lebih dari saya.' Berdasarkan getaran pada gangguan intipati semulajadi udara, Linley sangat pasti terdapat dua ekor makhluk ajaib.

Linley diam-diam berjalan ke hujung rumpun pokok menjalar. Mengintai melalui pokok menjalar itu, dia nampak ada sepasang Serigala Angin yang kuat kira-kira tiga puluh kilometer dari situ terhendap-hendap menuju ke arahnya, Berdasarkan laluannya, ia akan melalui kawasan yang hampir dengannya. Tiba-tiba, Linley merasakan beban di atas bahunya dan dia tahu Bebe sudah bertenggek di situ.

"Bos, itu hanya sepasang Serigala Angin. Sudah banyak kali kita melihatnya di Institut Ernst." Tidak sedikit pun berasa bimbang, Bebe berbual secara santai dengan Linley.

Pandangan mata Linley tertumpu ke arah dua ekor Serigala Angin itu. 'Benar, keduanya adalah Serigala Angin. Terdapat pelbagai jenis kawanan serigala. Antara yang utama ialah Serigala Taring, Serigala Angin dan Serigala Fros. Kawanan Serigala Fros ialah yang paling kuat manakala Serigala Taring merupakan kawanan serigala yang paling lemah. Serigala Angin pula berada di tengah-tengah. Sekawanan Serigala Angin yang paling lemah ialah makhluk ajaib tahap keempat sementara yang elit pula tahap kelima atau keenam. Serigala Angin yang paling kuat dikatakan makhluk ajaib tahap kelapan.'

Serigala Angin biasa pun sudah mencapai tahap keempat. Seekor Babi Hutan Unikorn memang bukan lawan makhluk ajaib ini.

'Kuasa aku sebagai pahlawan hanyalah tahap keempat. Berdasarkan kemahiran fizikal semata-mata, aku tak akan dapat mengatasi dua ekor Serigala Angin ini.' Linley berasa sedikit teruja. 'Tetapi inilah yang dikatakan cabaran.'

Apabila melihat dua ekor Serigala Angin itu semakin hampir, bibir Linley mula membaca mantera ajaib. Sinar matanya bertukar dingin.

*Shrkkk! Shrkkk! Shrkkk!*

Bunyi deruan yang kuat kedengaran di tengah malam pekat. Lebih kurang sepuluh ketul batu-batu besar, setiap satu sepanjang satu meter dan berwarna tanah, tiba-tiba terbang ke arah Serigala Angin itu seraya merempuhnya. Akan tetapi, Serigala Angin itu cepat-cepat mengangkat kepalanya. Melihat ada bahaya yang menghampiri, ia segera melarikan diri dengan kelajuan yang tinggi.

Bunyi berdebap kesan impak yang rendah.

Dalam tempoh yang singkat sebelum batu-batu itu mengena, Serigala Angin tersebut dapat bertindak dengan ketangkasan luar biasa. Daripada dua ekor Serigala Angin itu, kaki belakang seekor daripadanya hancur sementara seekor lagi berjaya mengelak setiap batu.

'Kehebatan makhluk ini setanding namanya, Serigala Angin. Ia benar-benar pantas!'

Linley terfikir sendiri sambil membaca mantera Supersonik, mantera unsur angin. Pada masa yang sama, dia menarik keluar pahat lurusnya kemudian meluru ke hadapan dengan sangat laju dan menyerang Serigala Angin yang cedera itu, menewaskannya.

Pahlawan tahap empat, dibantu dengan mantera Supersonik, mempunyai tahap kelajuan yang sama dengan Serigala Angin yang tidak cedera. Jadi sudah tentu serigala yang cedera itu lebih perlahan daripada Linley. Serigala Angin yang cedera itu melarikan diri sambil menyeringaikan taringnya.

*Swish! Swish! Swish!*

Serangkai Bilah-bilah Angin muncul entah dari mana lalu menetak Linley.

'Humm, semua serigala mempunyai kepala yang keras seperti tembaga dan ekornya kukuh seperti keluli tetapi bahagian pinggangnya sangat lembut seperti tauhu.'

Linley sangat lincah. Dengan tiga gerakan mudah, dia berjaya mengelak Bilah Angin dan semakin menghampiri Serigala Angin yang cedera itu. Bagaikan tornado, Linley menendang kaki kirinya, menyerang tanpa belas seperti cambuk ke arah pinggang Serigala Angin.

*Woooo!* Serigala Angin itu tercampak akibat tendangan Linley dan melolong kesakitan.

Linley sekali lagi melangkah ke hadapan dan menghampiri Serigala Angin yang cedera itu. Pahat lurus di tangannya berkilau dengan cahaya indah, dingin, dan tidak ada belas kasihan. Dia menetak dada Serigala Angin itu. Linley merasakan seolah-olah pahat lurus di tangannya telah menetak sehelai kain yang tebal dan tahan lasak. Dia hanya mampu menembusinya sedikit menyebabkan darah membuak-buak keluar.

'Pinggang Serigala Angin sangat lemah tetapi bulunya boleh tahan kuat. Atau mungkin pahat lurus aku tidak cukup tajam? Ia mampu memotong batu tetapi bulu dan kulit makhluk ajaib tahap keempat sangat kuat.' Linley berfikir sendiri sambil tetap memerhatikan seekor lagi Serigala Angin.

Serigala Angin yang seekor lagi itu tidak bergerak. Ia hanya berdiri di situ, merenung Linley. Mata hijau dinginnya memancarkan aura membunuh. Deraman perlahan kedengaran berterusan dari perutnya.

'Jika Serigala Angin itu tidak cedera, hanya dengan kekuatan aku sebagai pahlawan tahap keempat, tak mungkin aku mampu membunuhnya. Jangan bermimpi.' Linley tahu bahawa kuasa khusus Serigala Angin ialah kelajuannya. Jika dia tidak dibantu dengan mantera sihir angin, dia tidak mampu menyaingi kelajuannya.

Linley segera menggumam mantera yang lain tetapi belum pun selesai, wajahnya tiba-tiba berubah.

'Alamak!'

Lolongan perlahan Serigala Angin itu bergema di segenap arah dan disahut dengan lolongan dari segenap arah tersebut. Linley mengimbas seluruh kawasan tersebut dan dengan serta-merta matanya bertemu dengan sepasang demi sepasang mata hijau dingin milik Serigala Angin yang bersembunyi di dalam kegelapan.

'Bukan cuma seekor Serigala Angin… Tapi sekawanan!'

Jantung Linley seakan-akan terhenti. Malah Bebe, yang hanya duduk di tepi, kebosanan juga turut berdiri dan. Semua bulunya tegak dan dia dengan teliti memerhati semua arah.

"Bos, nampaknya situasi semakin bahaya."

"Atuk Doehring, ramalan Atuk tepat mengena…" Wajah Linley bertukar masam.

Di Banjaran Gunung Makhluk Ajaib, terserempak dengan sekawanan Serigala Angin sama bahayanya seperti terserempak dengan seekor makhluk ajaib yang sangat kuat.

"Mana ada tepat. Atuk maksudkan kawanan yang terdiri daripada sepuluh ribu ekor Serigala Angin. Dalam situasi seperti itu, melainkan kamu boleh terbang, tidak mungkin kamu akan selamat. Situasi sekarang lebih baik. Paling banyak pun ada dalam tiga puluh ke empat puluh ekor." Suara Doehring Cowart kedengaran bersahaja tetapi wajahnya serius. "Tetapi Linley, kamu mesti faham, Atuk hanya roh tanpa sebarang daya sihir. Atuk tak dapat membantu kamu. Semuanya bergantung kepada kamu seorang."

Linley berasa sengsara.

'Dua ke tiga puluh ekor Serigala Angin. Semuanya sekurang-kurangnya tahap keempat. Serigala Angin sangat pantas. Ia mampu menggunakan serangan sihir. Aku cuma ahli sihir tahap kelima.' Linley berasa sangat tertekan. Pada masa ini, lolongan Serigala Angin di sekitarnya terhenti.

Dari dalam kawanan Serigala Angin itu, dua ekor Serigala Angin berbadan besar melangkah keluar. Dari segi saiz, tubuhnya satu tahap besar berbanding Serigala Angin yang dilihat Linley sebelum ini. Serigala Angin yang bernasib baik dan terselamat itu berjalan di sisi dua ekor Serigala Angin yang besar itu. Ia melolong perlahan seperti sedang bercakap sesuatu kepadanya.

Badan dan matanya satu tahap lebih besar daripada yang lain. Ini membuatkan Linley lebih gementar dan mula mempertimbangkan langkah seterusnya.

'Ia pasti golongan elit dalam kawanan Serigala Angin itu. Sekurang-kurangnya, ia tahap kelima. Aku harap ia bukan di tahap keenam!' Jantung Linley berdegup kencang dan dia mula memikirkan cara untuk menangani lawan-lawannya ini.

Walaupun ia cuma sepasang Serigala Angin tahap kelima, ia dibantu seluruh kawanan makhluk ajaib tahap keempat. Jika ia menyerang Linley pada masa yang sama… Linley langsung tidak berasa yakin. Sedangkan Serigala Angin tahap keempat mempunyai kepantasan yang sama seperti kepantasan maksimum Linley. Walaupun dia menggunakan mantera Supersonik, kemungkinan besar Linley tidak mampu menyaingi Serigala Angin tahap kelima dari segi kelajuan.

Dua ketua Serigala Angin itu memandang Linley dengan pandangan dingin. Niat membunuh terpancar daripada mereka.

'Nampaknya, saya perlu cuba sedaya upaya pada kali ini.' Dikelilingi kawanan Serigala Angin, dahi dan belakang badannya dibasahi peluh dingin. Jantungnya berdegup kencang. Dia mula membaca mantera sihir dengan sangat laju.

*Hooooo!*

Seekor daripada dua ketua kawanan tersebut tiba-tiba melolong dengan kuat. Dua ke tiga puluh Serigala Angin yang kuat serta-merta bergerak ke hadapan, pantas seperti angin. Semuanya menyeringaikan taring putih. Semuanya menderam ke arah Linley sambil berlari. Pada masa yang sama, lebih daripada seribu Bilah Angin hijau muncul entah dari mana, membawa kuasa yang kuat pada setiap satu bilahnya.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C59
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login