"Dah tamat ke?"
"Dah tamat!"
Semua orang berasa ragu-ragu, kemudian terkejut dan akhirnya bersorak keriangan. Kalau bukan sebab watak mereka telah mati, mereka sudah pasti akan memeluk satu sama lain untuk meraikannya.
Mungkin pemain biasa seperti Kematian Bersalji tidak begitu faham kesukaran sebenar Mod Sangat Sukar ini, tetapi Api Merah sangat faham keadaan ini! Sedangkan persatuan besar seperti Tinggi Langit dan Pendominasi telah berulang kali tewas dalam cubaan mereka mengalahkan bos pertama. Mereka pula telah berjaya menewaskan bos pertama ini dengan hanya satu cubaan di bawah arahan Zhang Yang. Kalau ada yang mengatakan ini hanya tuah semata-mata, Api Merah tidak bersetuju!
Zhan Yu, lelaki ini memang hebat!
"Bangkit dan datang semula ke sini! Kita akan bahagi hasil rampasan!" Zhang Yang orang pertama yang melepaskan jasadnya dan kembali ke pintu masuk dungeon dalam bentuk roh.
Sejak dia dilahirkan semula, ini kali pertama dia melalui bentuk roh ini. Apabila dia melihat sekeliling yang berwarna hitam putih, Zhang Yang berasa pening dan berlari kekeliruan untuk membangunkan semula dirinya di pintu masuk dungeon. Dalam sekelip mata, semua warna kembali dan dia mula tenang semula.
Ahli pasukan yang lain telah bangkit semula satu persatu dan mereka bersepuluh kemudian berdiri di depan bangkai Cakar Hitam yang besar itu. Mereka masih begitu teruja. Mereka mungkin rasa semua ini hanya satu mimpi kalau bukan kerana bangkai di depan mata mereka! Han Gemuk malah cuba memeluk Salji Lembut, tetapi gadis itu telah menolak Hari Bayangan ke dalam pelukan Han Gemuk.
"Abang pro, ambillah hasil rampasan dari bangkai ini!" Semua orang memandang Zhang Yang. Sebelum ini, mereka tidak sangka mereka mampu menewaskan bos Mod Sangat Sukar! Mereka semua sangat terhutang budi kepada Zhang Yang.
Zhang Yang menepuk bahu Han Gemuk dan berkata, "Budak Gemuk, pergi ambil hasil rampasan dari bangkai itu!"
Han Gemuk tertawa gembira dan menyentuh bangkai itu dengan tangannya yang gemuk.
[Taring] (Tembaga Hijau, Pisau Belati)
Serangan Senjata: 24 – 32
Sela Masa Serangan: 1.4 saat
Keperluan Tahap: 10
Alat kelengkapan Tembaga Hijau! Ini alat kelengkapan bergred tertinggi setakat ini!
Kedua-dua kelas Pencuri dan Pahlawan boleh menggunakan Pisau Belati, tetapi hanya Pencuri yang lebih menjurus kepada Pembunuhan dapat menggunakan pisau belati ini sepenuhnya! Pasukan ini mempunyai dua Pencuri, tetapi mereka berdua Perompak yang bermaksud tiada sesiapa di dalam pasukan ini yang sesuai untuk mendapatkan senjata itu.
"Pahlawan, Pencuri, balinglah dadu kalau kau mahu!" Zhang Yang mengangguk kepalanya.
Selepas Zhang Yang menolak untuk membuang dadu, Hari Bayangan juga turut melakukan yang sama kerana budi bahasanya. Hanya Api Merah dan Kematian Bersalji yang membaling dadu untuk mendapatkan senjata itu.
Kali ini, Api Merah mendapat 98 mata, berjaya mendapatkan senjata itu, dan mengalahkan Kematian Bersalji.
"Sayangnya. Kalau ia pedang sebelah tangan, kapak, ataupun tukul, ia mesti lebih hebat!" Api Merah mengeluh kecewa sambil memasukkan pisau belati itu ke dalam slot simpanannya.
"Ini boleh tahan! Walaupun senjata simpanan ini tidak mempengaruhi kerosakan dari kemahiran, tengok DPS. DPS alat ini mencapai 20 dan ia lebih hebat berbanding alat kelengkapan Besi Hitam!" kata Kematian Bersalji yang cemburu. Bagi setiap pekerjaan dalam permainan video ini, senjata memainkan peranan yang penting dalam menyebabkan kerosakan!
"Abang Gemuk! Terus dapatkan hasil rampasan!" kata Sami Ingkar. Han Gemuk pandai bersosial, dia boleh mengarut, bergurau senda dan menjadi kawan baik ahli pasukan.
Han Gemuk sekali lagi mengambil hasil rampasan dengan tangan gemuknya dan satu lagi alat kelengkapan muncul.
[Plat Dada Berkilat] (Tembaga Hijau, Perisai Kulit)
Pertahanan: +4
Vitality: +10
Kekuatan: +3
Ketangkasan: +7
Keperluan Tahap: 10
"Barang yang hebat!" ujar Han Gemuk dengan gembira, "Aku ada 'Tangan Merah!"
3 Pemburu dan Kematian Bersalju membaling dadu. Api Merah sengaja menolak untuk membaling dadu memandangkan dia telah mendapat satu senjata. Akhirnya, Ratusan Tembakan berjaya mendapat alat kelengkapan itu dengan 85 mata.
"Alahai, aku ada 'Tangan Merah', tapi kenapa balingan dadu aku tak bertuah?" Han Gemuk menggelengkan kepala dan menyentuh bangkai itu untuk mendapatkan alat kelengkapan terakhir.
[Sarung Tangan Besi Bertapis] (Tembaga Hijau, Baju Perisai Berat)
Pertahanan: +6
Vitality: +6
Kekuatan: +3
Ketangkasan: +1
Keperluan Tahap: 10
Apabila semua pemain nampak alat kelengkapan ini berguna buat Zhang Yang, mereka menolak untuk membaling dadu tanpa apa-apa permintaan daripada Zhang Yang.
Zhang Yang juga tidak berpura-pura menolaknya dan dengan ucapan "terima kasih", dia serta-merta mendapatkan sarung tangan besi itu dan meningkatkan HP ke 470 dan kerosakan serangannya daripada 82 ke 90!
"Ding! Anda telah menerima 5 syiling perak dan 20 syiling tembaga selepas pengagihan!"
Selepas semua hasil rampasan dikumpulkan, bangkai itu mula hilang. Sistem ini sangat kedekut kerana ia hanya memberi ganjaran 52 syiling perak walaupun setelah mereka mengalahkan bos Mod Sangat Sukar.
"Sasaran seterusnya, bos kedua!"
Pasukan itu terus menuju ke arah bos kedua, Babarerba, dengan semangat membara.
'Dungeon pertama ini memang mudah!'
Zhang Yang terfikir selepas menewaskan gelombang terakhir makhluk suruhan. Makhluk suruhan dari dungeon kedua, Sarang Marzerway dan seterusnya akan lebih sukar untuk ditewaskan. Mereka sama ada mempunyai kemahiran yang rumit atau mereka tahu <Sneak> dan bergerak dalam bayangan hingga pemain berada dalam kawasan aggro mereka untuk diserang hendap!
Sudah tentu yang paling rumit ialah bos. Bos di Makam Bangar sangat mudah ditewaskan berbanding bos di dungeon seterusnya. Mod Sangat Sukar ini boleh dianggap sebagai versi percubaan!
[Babarerba, Si Kuat Tidur] (Bos Besi Hitam)
Tahap : 13
HP : 78000
"Yang Kecil! Taktik yang sama?" Han Gemuk bertanya perlahan, bimbang yang dia mungkin akan mengejutkan bos yang sedang tidur itu.
"Taktik yang sama!" Zhang Yang mengangguk. Dia kemudian berkerut dan berkata, "Tapi sesiapa yang disumpah <Sumpahan Air dan Api> akan hilang 140 kerosakan sesaat. Jadi, kau semua bukan sahaja kena bergerak dengan lebih cepat, bergerak ke posisi masing-masing dan mengambil periuk merah serta-merta, malah penyembuh perlu pantas memulihkan mereka yang lain!"
140 DPS sahaja sudah cukup untuk menewaskan kebanyakan ahli pasukan dalam masa 3 hingga 4 saat.
Zhang Yang mengambil masa untuk berfikir dan berkata, "Mari tukar strategi sedikit untuk pusingan kali ni. Jangan bazir masa menyerang boneka yang diseru, fokuskan serangan kau pada bos sahaja. Aku akan menarik aggro boneka itu! Penyembuh tidak akan dapat menangani jumlah penyembuhan yang besar, jadi kita tidak boleh berlengah. Bunuh bos dengan cepat!"
"Faham!" mereka semua mengangguk.
"Baik, apabila aku mula menyerang bos, kamu semua terus serang, sehabis mungkin!" Zhang Yang menarik nafas panjang dan berjalan menuju ke jarak aggro Babarerba.
Babarerba terus terjaga. Ia mengambil lembingnya dan berlari ke arah Zhang Yang sambil menjerit, "Manusia durjana, kau telah mengejutkan Babarerba! Babarerba akan bunuh kau!"
Zhang Yang memegunkan Babarerba dengan <Serangan>.
"-60!" Serangan normal.
"-152!" <Sambaran Mendatar>.
Seluruh pasukan mula menyerang pada masa yang sama.
Babarerba pulih dengan segera dan menghunus lembingnya ke arah Zhang Yang.
"<Hadangan>!"
"-40!" <Hadangan> menunjukkan kerosakan.
"-106!" <Hentaman Perisai>.
Kali ini, Zhang Yang tidak teragak-agak untuk menggunakan <Hadangan>. Pertama, bos ini tidak mempunyai kemahiran serangan balas dan walaupun dia telah diserang secara tidak sengaja, dia tidak akan terus mati. Kedua, DPS bos ini sangat kuat, jadi Zhang Yang sendiri perlu memaksimum kuasa serangannya!
Mata Babarerba yang berang bertukar merah dan dia mula menjampi kemahirannya.
"Ding! Pemain Hari Bayangan telah terkena <Sumpahan Air> dan kehilangan 140 HP sesaat. Kesan akan berterusan sehingga pemain mati!"
"Ding! Pemain Sami Ingkar telah terkena <Sumpahan Api> dan kehilangan 140 HP sesaat. Kesan akan berterusan sehingga pemain mati!"
"Berhenti menyerang, lari!" Zhang Yang memberi arahan.
Hari Bayangan dan Sami Ingkar dua ialah ahli kumpulan yang bagus, kedua-duanya berlari mendekati satu sama lain dengan pantas sementara dua penyembuh menjalankan tugas mereka dan mencuba sehabis daya untuk memastikan kedua-dua pemain terus hidup.
Dalam masa 2 saat, sumpahan itu berjaya diatasi kerana mereka berdua mendekati satu sama lain dengan pantas.
"Bagus! Kembali ke posisi dan teruskan serangan!" Zhang Yang memberi arahan sambil mengelak serangan bos. "Penyembuh, minum dari periuk biru itu kalau kau perlukan, jangan simpan!"
Selepas 15 saat, Babarerba menjampi <Sumpahan Api dan Air> sekali lagi. Nasib baik pasukan itu telah mencapai persefahaman antara satu sama lain selepas sama-sama melalui grind mereka dalam Mod Sukar. Ditampah pula dengan gaya ketua Zhang Yang yang berwibawa, mereka lari ke posisi mereka sejurus selepas dia memberi arahan. Tambahan pula, penyembuh menjalankan tugas mereka dengan bersungguh-sungguh, jadi tiada tanda-tanda yang mereka akan kehilangan pemain.
HP Babarerba menurun dengan perlahan-lahan dan secara konsisten ke 75%!
"Serangga tak guna! Kau buat Babarerba marah!" Ia kemudian menyucuk lembingnya ke tanah dan mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil membaca mantera, "Datanglah syaitan dari jurang kegelapan, bawalah kejahatan bersama kau ke dunia ini!"
Satu bulatan magik berbentuk hexagram muncul di bawah kaki Babarerba dan satu imp merah muncul di sebelahnya. Ini kali kedua pasukan ini bersemuka dengan Tasair.
[Tasair, Boneka Syaitan Babarerba] (Elit)
Tahap : 13
HP : 6000
Tanpa melengahkan masa, Zhang Yang menggunakan <Provokasi> sebelum sempat Tasair melakukan apa-apa.
"!#$#$% (bahasa syaitan)!" jerit Tasair sambil menghayun kukunya ke arah Zhang Yang.
"<Hadangan>!"
"-46!"
"-40!" Dua teks <Hadangan> menunjukkan kerosakan muncul pada masa yang sama.
"-160!"
"-150!" <Sambaran Mendatar>.
Zhang Yang menggerakkan tangannya dan perisainya yang kukuh itu menghentam muka Babarerba, "Abaikan imp tu! Fokus kepada bos!"
"-106!" <Hentaman Perisai>.
Babarerba mengangkat lembingnya yang dicucuk ke tanah tadi dan menghunusnya ke arah Zhang Yang setelah ia disakiti dengan serangan berterusan daripada Zhang Yang. Pada masa yang sama, ia menjampi <Sumpahan Api dan Air>.
Kedua-dua pemain yang terkena sumpahan bergerak serta-merta dan berjaya mengakhiri sumpahan betul-betul sebelum palang HP mereka hampir kosong.
"Zhan Yu, aku hanya ada setengah MP saja lagi!" kata Salji Lembut.
"Aku pun hanya ada lebih sedikit dari setengah!" Kesedihan Lautan bersuara.
"Aku faham!" Zhang Yang berkerut. Mod Sangat Sukar memerlukan pemain untuk mempunyai alat kelengkapan yang mencukupi sebelum serangan! Menurut panduan rasmi: ia mengambil masa dua hari untuk menyerang dalam Mod Sukar kemudian baru Mod Sangat Sukar. Pasukan yang kuat boleh menewaskan bos pertama dan kemudian meluangkan masa dua hari untuk menyerang dan mengumpulkan alat kelengkapan sebelum cuba menewaskan bos kedua. Bos terakhir memang yang paling sukar ditewaskan. Ia tidak boleh dikalahkan tanpa meluangkan masa 4 hingga 5 hari meneroka dungeon!
Kalau bukan kerana Zhang Yang, pasukan ini memang tidak akan dapat menyelesaikan Mod Sukar kerana alat kelengkapan asas mereka sangat menyedihkan seperti yang dapat dilihat dalam serangan Mod Sangat Sukar: DPS dan kebolehan memulihkan mereka tidak mencukupi!
Zhang Yang hanya dapat berserah pada Tuhan kerana tiada apa-apa yang dia boleh lakukan sekarang.
Memandangkan pasukan itu tidak perlu menukar sasaran serangan mereka, ia seperti mensasarkan kerosakan pada boneka kayu dan dengan cepat mengurangkan HP bos itu ke 50%!
"Manusia bodoh, aku akan hancurkan tulang kau untuk dijadikan cawan!" Babarerba ada banyak ayat yang diprogramkan. Ia mencampak lembingnya ke tepi dan mula menyeru boneka kedua.
Bulatan magik berbentuk hexagram muncul dan satu lagi imp menyertai pertarungan itu.
[Pelahap, Boneka Syaitan Babarerba] (Elit)
Tahap : 13
HP : 6000
Zhang Yang bersiap sedia dengan <Sambaran Mendatar>. Dia dengan pantas menjampi <Provokasi> dan menyambungnya dengan <Sambaran Mendatar>.
Raksasa terapung itu tiba-tiba pusing dan menghayun tangan dan kakinya yang gemuk ke arah Zhang Yang.
"Hei Si Gemuk! Nampaknya makhluk ni lebih gemuk daripada kau!" gurau Zhang Yang sebagai cubaan menceriakan keadaan yang tegang itu,
"Ah, berambuslah!"
Han Gemuk berkata dengan marah, "Aku lagi gemuk!"
Pada pendapatnya, gemuk itu satu tanda kekuatan. Dia tidak akan menyerah kalah pada sesiapa atau apa-apa pun!