Download App
0.6% Encik CEO, Manjakan Aku 100 Peratus! / Chapter 6: Hidupnya Bukan Lagi Di Tangan Takdir

Chapter 6: Hidupnya Bukan Lagi Di Tangan Takdir

Editor: EndlessFantasy Translation

Memang suatu keajaiban apabila kemalangan itu tidak meragut nyawa Xinghe, cuma ingatannya. Ayahnya, sebelum meninggal dunia - mungkin telah menyedari niat buruk isterinya - menghubungi Tuan Tua Xi dan meminta agar Xinghe dikahwinkan dengan keluarga Xi. Oleh itu, selepas kematiannya, Xinghe yang hilang ingatan menjadi isteri Mubai.

Setelah beberapa kali jatuh bangun, dia akhirnya memutuskan untuk bercerai dan meninggalkan keluarga Xi. Perceraiannya adalah gosip hangat waktu itu dan mustahil ibu tirinya tidak tahu mengenai hal itu. Akan tetapi, dia tidak pernah cuba menolong Xinghe sepanjang tiga tahun lepas. Xinghe pernah juga cuba berjumpa dengannya tapi malangnya dia enggan berjumpa Xinghe.

Perubahan sikap mereka sebelum dan selepas kemalangan Xinghe sangat mendadak sehinggakan sukar untuk menafikan yang mereka tiada apa-apa kaitan dengan kejatuhan Xinghe. Oleh itu, dia sangat pasti bahawa ibu dan adik tirinya ialah dalang di sebalik 'kemalangannya' itu!

Apabila difikirkan balik, kematian ayahnya juga sangat mencurigakan. Ayahnya bukan peminum arak tegar. Jadi, bagaimana dia boleh tiba-tiba jatuh tangga dalam keadaan mabuk tidak sedarkan diri. Xinghe bersumpah akan mencungkil kebenaran dan membalas apa yang dilakukan oleh Wu Rong[1] dan Wushuang[2].

Ketika dia meninggalkan balai polis, langit sudah pun melabuhkan tirai kegelapan. Xinghe tidak kembali ke hospital tetapi terus pulang ke rumah. Perceraiannya dengan Mubai membuatkan dia tinggal sebatang kara. Pak ciknya lah yang mengambil dia tinggal bersama.

Xia Chengwu ialah adik kepada bapanya, dan pernah bekerja dalam perniagaan hotel keluarga Xi. Namun gara-gara kejujuran dan pengetahuan yang terbatas berkaitan perniagaan, ianya menjadi penghalang untuknya mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Ibu dan adik tirinya membolot semua harta tinggalan ayahnya dan meninggalkan pak cik dan anaknya tanpa apa-apa. Sekaligus, hal itu meletakkan Xinghe dan pak ciknya dalam situasi yang sama. Walau bagaimanapun, pak ciknya bertekad untuk mengambil dan menjaga Xinghe. Dia melayan Xinghe seperti anaknya sendiri. Hutang budi ini, Xinghe akan terus cuba balas sepanjang hidupnya.

Setelah mengharungi lorong-lorong gelap dan kotor, Xinghe akhirnya sampai di kawasan perumahan yang usang. Tanpa perasaan dia memandang kosong sekelilingnya. Tempat ini memang layak dipanggil setinggan. Kotor, busuk dan tidak teratur adalah perkataan yang sangat padan dengan tempat ini. Xinghe tidak pernah menyangka dia akan berada di tempat begitu.

Sebelum dia hilang ingatan, dia menjalani kehidupan yang senang. Walaupun tanpa harta peninggalan ayahnya, dia boleh meneruskan hidup dengan kemampuan dan bakatnya sendiri. Dalam kancah kehidupan ini, dia biasa berdiri tinggi dan gagah. Tetapi kemudian, takdir datang mengubahnya. Kemalangan kereta menolaknya jatuh ke curam licin dan akhirnya dia terperosok di kawasan setinggan ini.

Takdir hidupnya seperti gundik di dalam drama Cina Purba, digemari satu detik, kemudiannya diabaikan. Jelas sekali mengapa dia begitu kecewa. Bagaimanapun, dengan ingatannya yang sudah kembali, dia akan menuntut semula semua yang telah dirampas darinya. Dengan usaha dan bakatnya, dia yakin bahawa dia akan dapat meninggalkan tempat ini. Hidupnya tidak akan lagi berserah pada takdir.

Xinghe berhenti di hadapan pintu usang tetapi cukup kukuh dan mengetuk perlahan. Pintu itu terus dibuka oleh seorang lelaki yang kurus tinggi. Dia bertanya dengan cemas, "Kak, apa telah terjadi pada kamu? Kenapa ada banyak luka?"

Xinghe membalas dengan tenang, "Tak ada apa lah, cuma kemalangan kecil."

"Xinghe, kamu kah itu? Teruk kah kemalangan tu? Sudahkah kamu ke hospital? Di mana kamu cedera?" Chengwu, dengan rambut yang sudah dipenuhi uban mendekati Xinghe lalu menambah, "Kamu masih sakit? Siapa yang langgar kamu?"

"Kak, teruk sangat kah kecederaan kamu? Perlu saya tolong?"

Hati Xinghe sarat dengan kehangatan melihatkan perhatian dan kebimbangan pak cik dan sepupunya yang mengambil berat mengenainya.


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C6
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login