5 tahun berlalu. Ketika ini, Mo Zichen mendaki naik ke jawatan pensyarah kanan dan kini bekerja di salah sebuah universiti terkenal. Dia juga berpindah dari pangsapuri kecilnya ke pangsapuri mewah berhampiran tempat kerjanya.
Tidak lama dahulu, ada orang berpindah masuk ke pangsapuri di sebelah Mo Zichen. Tetapi, mereka melakukan kerja ubah suai sepanjang malam, membuatkan ia sukar untuk Mo Zichen tidur. Ini tidak bagus untuk keadaan mentalnya.
Jadi, Mo Zichen membuat keputusan untuk menghubungi pihak pengurusan hartanah. Namun, mereka tidak boleh memberikan dia sebarang penyelesaian. Akhirnya, dia tiada pilihan selain menunggu jirannya berpindah masuk untuk melihat siapa orang yang tidak berpendidikan ini. Macam mana seseorang boleh tidak prihatin langsung pada orang lain?
Kepada para pembaca,
Telah diputuskan bahawa terjemahan buku ini akan dihentikan. Terima kasih kerana bersama-sama dengan kami dalam pengembaraan yang indah ini dan semoga berjaya kepada anda semua dalam masa yang mencabar ini. Jumpa lagi!