Download App
1.16% Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 14: Berlakon Baik

Chapter 14: Berlakon Baik

Editor: EndlessFantasy Translation

"Tangning, saya presiden Syarikat Hiburan Tianyi. Kuasa membuat keputusan jatuh kepada saya, bukan kamu!" Han Yufan dipenuhi amarah sewaktu dia memandang Tangning. "Kenapa kamu mesti ambil tawaran Yurou?"

"Kami fikir saya terima tawaran tersebut sebab saya mahukannya? HF yang minta pertukaran tersebut. Saya hanya bimbang jika akhirnya kita tidak mendapat apa-apa, jadi saya cuba terima kontrak tersebut untuk kamu. Pada awalnya, saya tidak percaya pun khabar angin mengenai kamu dan Mo Yurou. Tapi kenyataan yang kamu sanggup rugi daripada membiarkan dia kehilangan tawaran jurucakap buat saya terfikir jika kamu berdua…"

"Sudah tentulah tidak! Apa yang kamu fikirkan?" Han Yufan segera menafikan sebarang hubungan. "Saya cuma rasakan yang kita akan berkahwin nanti. Apa salahnya kamu hanya duduk di rumah dan jaga keluarga kita?"

"Jadi, kamu akan menerangkan hal ini kepada Encik Eugene?" Tangning melonggarkan genggamannya pada telefon itu. Dia kelihatan kecewa. "Dan apa maksud kamu yang saya AMBIL tawaran tersebut daripada Mo Yurou? Tidak cukupkah apa yang saya biarkan dia ambil daripada saya? Untuk menolong dia, saya sudah sakitkan hati semua orang…siapa sangka, akhirnya, dia tidak memandang pun kebaikan saya."

"Tangning, pada masa itu kamu sendiri yang tiba-tiba mengumumkan kamu akan berundur daripada perhatian. Jadi, kerja kamu diberi kepada saya. Apa maksud kamu yang kamu biarkan saya ambil kerja kamu?" Mo Yurou tidak mengalah dan terus mula bertelagah dengan Tangning. Perkara yang paling dibencinya adalah apabila orang mengatakan dia mengambil kerja Tangning. "Lagipun, dengan kemampuan dan populariti kamu sekarang ini, kalau kamu beritahu orang yang saya ambil kerja kamu, tiada orang akan percaya."

"Baiklah. Kalau kamu berjaya yakinkan Encik Eugene untuk menukar fikirannya, saya akan mengalah. Tiada bantahan."

Han Yufan tersepit dalam situasi sukar antara dua wanita. Paling penting, Tangning masih lagi marah. Kalau tidak, dia tidak akan membangkang arahannya – sesuatu yang tidak pernah dilakukan Tangning sebelum ini. Memang benar HF meminta jurucakap itu ditukar kepada Tangning. Jadi, akhirnya, Han Yufan masuk campur dan meleraikan kedua-dua mereka. "Berhenti bergaduh. Memandangkan ianya permintaan HF, kita ikut sahaja apa yang ditetapkan. Jurucakap akan ditukar kepada Tangning."

"Presiden Han!" Mo Yurou merengus.

"Keputusan sudah dibuat. Kamu berdua boleh beredar dahulu. Tangning, suruh Long Jie masuk." Han Yufan memberi arahan dengan dingin. Ianya jelas bahawa meskipun dia tiada pilihan selain menukarkan Tangning, dia benci perasaan dikalahkan olehnya.

Tangning bijak dan tahu benar apa yang difikirkan Han Yufan. Tetapi jika dia menjangkakan Tangning untuk benar-benar menjaga perasaannya…

…dia bermimpi!

Mo Yurou mengekor rapat di belakang Tangning. Hatinya mendidih marah dan ianya jelas terpancar pada reaksi wajahnya. Dia hampir sahaja tidak dapat menahan amarahnya. Nasib baik, meskipun Tangning nampaknya akan membuat kemunculan kembali, dia tidaklah begitu popular sebenarnya. Jika Mo Yurou mahu menjatuhkan peragawati ketinggalan zaman ini, ianya amat mudah. Jadi dia berpusing pada pembantunya dan berkata, "Sekejap lagi, ambil gambar saya berusaha keras untuk sembuh dan muat naik ke atas talian. Cetuskan sedikit kekecohan dalam kalangan peminat saya dan buat mereka merungut mengenai Tangning mengambil tawaran saya. Kalau saya tidak dapat tawaran itu, saya tidak akan biarkan dia dapat."

"Jangan bimbang, saya tahu apa yang perlu dibuat." Pembantunya mengangguk faham.

Selepas kembali ke biliknya, Tangning memandang Long Jie dan mengenyitkan matanya. "Jangan gementar."

"Gementar? Kamu bergurau kah? Kamu fikir saya ini siapa?" Long Jie membalikkan matanya ke atas. "Ini bukan hari pertama saya bekerja. Jika Han Yufan mahu jatuhkan saya, ianya tidak begitu mudah. Mari tunggu dan lihat…" sambil berkata-kata, Long Jie melangkah keluar dengan riak wajah garang. Sebelum ini, Tangning tidak menyuruhnya maju ke hadapan. Kini, situasi sudah berubah. Long Jie tidak perlu lagi menahan perasaan.

Tidak lama kemudian, Long Jie masuk ke bilik Han Yufan. Tanpa bertangguh, Han Yufan membaling kontrak di hadapannya. "Bersedialah untuk membayar pampasan kepada kami kerana melanggar kontrak dan kemudian tinggalkan pejabat."

"Tinggalkan pejabat?" Long Jie ketawa. "Presiden Han, ingatan kamu mesti teruk. Semasa saya mula-mula menandatangani kontrak dengan Tianyi, gaji saya dan bayaran kemunculan Tangning dinyatakan dengan jelas. Tetapi, sepanjang bertahun-tahun ini, kemunculan Tangning diambil alih oleh Mo Yurou dan gaji saya tidak sama langsung dengan apa yang dijanjikan. Jadi, siapa yang terlebih dahulu melanggar kontrak? Lagipun, artikel yang saya keluarkan adalah untuk kebaikan Tangning. Jadi, bahagian kontrak mana yang saya langgar?"

"Kamu…" Han Yufan tidak percaya yang dia dikalahkan oleh seorang pengurus. Maruahnya terluka.

"Kalau kamu tidak takut membuat perkara lebih teruk, kita boleh bawa hal ini ke mahkamah. Saya tiada masalah. Tetapi, berapa ramai orang yang akan hilang kepercayaan pada Syarikat Hiburan Tianyi?" Long Jie bertanya, membangkitkan kemarahan.

"Jadi apa yang kamu mahukan?"

"Saya mahu kita berakhir dengan baik. Saya akan tandatangan semua ini dan tinggalkan pejabat. Kamu pula tidak akan meminta pampasan. Mulai hari ini, kita tidak berhutang pada satu sama lain apa-apa pun!"

Han Yufan mencerlung marah pada Long Jie. Tetapi, kerana Mo Yurou terlibat, dia tidak dapat melawan kembali. Awal tadi, Long Jie dan Tangning sudah berjumpa dan mereka sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Jadi akhirnya, Han Yufan tiada pilihan selain menandatangani kertas tersebut. "Pergi, saya tidak mahu tengok kamu lagi."

"Han Yufan, biar saya beri kamu amaran. Tidak ada dinding yang cukup tebal untuk menahan semuanya. Kamu perlu membalas balik seribu kali ganda perbuatan kamu terhadap Tangning." Selepas berkata-kata, Long Jie meninggalkan pejabat itu dengan kontrak yang dibatalkan dalam gengamannya. Han Yufan yang berdiri di dalam bilik itu memikirkan kata-kata Long Jie. Dalam kemarahan, dia memegang meja di hadapannya dan menterbalikkan meja itu.

Tangning langsung tidak bimbangkan Long Jie. Lagipun, sangat mudah untuk mencari kelemahan dalam kontrak itu. Paling penting, Han Yufan diamuk rasa bersalah.

Selepas membatalkan kontrak tersebut, Long Jie tidak meninggalkan bangunan itu. Dia menunggu di sisi Tangning. Apabila Han Yufan akhirnya meninggalkan biliknya, mereka bertembung. "Kenapa kamu masih di sini?"

Tangning terkaku buat seketika sebelum dia membalas, "Saya baru sahaja menggajikan Long Jie!"

"Tangning, kontrak pengurus kamu diuruskan oleh syarikat. Macam mana kamu boleh gajikan pengurus baru?" Tangning membuatkan Han Yufan serabut.

"Oh, saya bukan gajikan pengurus. Saya ambil dia sebagai pembantu saya. Ianya hak saya untuk menggajikan pembantu saya, bukan?" Tangning tersenyum tenang. "Lagipun, Long Jie sudah lama menjaga saya. Saya sudah terbiasa dengannya."

"Tangning, apa kena dengan kamu? Kenapa kamu terus menerus membangkang saya?" Han Yufan menarik Tangning ke tepi dan bertanya dengan marah.

"Kerana Long Jie lebih prihatin daripada kamu. Semua yang dilakukannya adalah untuk kebaikan saya. Hanya sebab saya menerima satu tawaran, tidak bermakna dia akan menuduh saya mencuri daripada orang lain…"

Selepas mendengar perkara tersebut, Han Yufan terdiam. Dia memandang Tangning dengan dingin. "Tangning, kamu selalu menyokong kerjaya saya. Kenapa kamu begini?"

"Saya sudah katakan sebelum ini. Kejadian dengan Bintang Tiara akan menjadi kali terakhir saya menggalas kesalahan kamu berdua." Tangning kekal tenang. Begitu tenang hingga matanya kosong tanpa reaksi.

"Kalau kamu menjadi tidak matang begini, saya rasa perkahwinan kita…patut dibatalkan." Han Yufan menggunakan perkahwinan mereka untuk mengugut Tangning. Lagipun, bertahun-tahun lamanya, Tangning yang setia di sisinya dan sanggup berbuat apa-apa sahaja.

Beberapa detik berlalu…Tangning kekal diam seolah-olah dia sedang berfikir…

Han Yufan menyangkakan, dia mengalah dan menyesal membangkangnya…

Tetapi, siapa sangka, ini balasan Tangning…


Load failed, please RETRY

Gifts

Gift -- Gift received

    Weekly Power Status

    Rank -- Power Ranking
    Stone -- Power stone

    Batch unlock chapters

    Table of Contents

    Display Options

    Background

    Font

    Size

    Chapter comments

    Write a review Reading Status: C14
    Fail to post. Please try again
    • Translation Quality
    • Stability of Updates
    • Story Development
    • Character Design
    • World Background

    The total score 0.0

    Review posted successfully! Read more reviews
    Vote with Power Stone
    Rank NO.-- Power Ranking
    Stone -- Power Stone
    Report inappropriate content
    error Tip

    Report abuse

    Paragraph comments

    Login